Resepi Pilihan

Sunday, December 21, 2014

Petua dan Pantang Larang Orang Patah

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamulaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Hujung Minggu

Hari ini, 21 Disember 2014 merupakan ulangtahun kelahiranku yg ke-38 dan hari ini genaplah 20 hari kejadian kemalangan yang menimpa aku. Alhamdulillah bersyukur dan redha dengan ketentuan Ilahi, sakit itukan penghapus dosa, betul tak?? Aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sepanjang 18 hari di rumah, rutin aku kena ulang alik ke klinik untuk mencuci luka. Pelbagai teknik dan cara aku alami dari setiap jururawat yg merawat aku. Pelbagai jenis/alatan ubat juga aku terima dan sedikit sebanyak memahami fungsi mereka. Inilah yg dikatakan sebagai pengalaman dan ianya tidak ternilai dan tak boleh di beli.

Seperti yg dijanjikan di entry yg lepas, kali ini akan aku share tentang pantang larang untuk orang patah itupun berdasarkan apa yang aku praktik.

Sebelum tu jom tengok laporan X-Ray kedua pada hari ke-7. Melihatkan result ni para doktor pakar En Wong (pakar Otopedik) berpendapat x perlu masuk plate/besi. En Suami juga ada mendapatkan pendapat kawannya yg dulu salah seorang pakar tulang di Hospital Seberang Jaya. Mereka akan review semula pada 22 Disember 14. Buat masa ini, tukar simen baru dan sambung pakai selama 2 minggu. Alhamdulillah.. mudah-mudahan tulang aku akan bercantum cantik. Doakan ye :)



Maklumlah ini adalah pengalaman pertama ku dan kalau boleh biarlah juga yg terakhir. Sememangnya aku pun blur apa yang boleh makan apa yg x boleh makan. Dulu masa pantang bersalin pun, arwah mak yg sediakan semuanya. Sekarang dia dah x da, memang aku tak reti. Alhamdulilah, ada En. Suami yg menjaga makan minum serta ulang-alikku ke klinik. Kebanyakan dari org yg datang melawat, semuanya akan pesan jgn makan makanan-makanan yang boleh jadi gatal seperti ikan kembung, telur (takut bernanah), kicap (takut parut hitam).

Ada sekali tu, lukaku ada nanah, hmmm mendapatlah dgn nurse. Memang di tekan cukup-cukup supaya semua nanah tu keluar. Pengajaran : berpantang mengikut keadaan masing-masing.

Tapi kalau di tanya kepada Doktor atau nurse dan dari segi perubatan, semuanya boleh makan. Yang penting diet seimbang dan jangan tak makan takut nanti melambatkan proses penyembuhan. Jdi aku pun menggunakn khidmat Mr. Google dan ambil yg logik.

PANTANG DARI SEGI PERUBATAN HOSPITAL & KONVENSIONAL
TIDAK BOLEH pergi berurut / betulkan tulang dengan bomoh patah (cukup sekadar ikhtiar dengan mengambil air penawar)
JANGAN SAPU ATAU MAKAN supplement yg berunsur gamat (gamat memang mempercepatkan luka kering dan pertumbuan, takut nanti terover pertumbuhan dan kulit jadi timbul) wallahu'alam aku x cuba yg ni.
ANTIBIOTIK yg doktor kasi mesti dihabiskan
JANGAN minum air Kelapa (logiknya, air kepala boleh tawarkan ubat)
Jangan makan telur, ayam dan makanan laut (seafood). Takut gatal dan bernanah. (Ayam aku bantai jugak)

Ini amalan berpantang aku selama 20 hari ni.

Makan macam biasa
Time aku macam lebih dari hari-hari biasa.. kira macam fullboard meal la. Biskut sentiasa ada spare bila terasa lapar. Banyakkan minum Air masak.

Breakfast... biasanya roti bakar, biskut kering, cereal dgn susu

Lunch/ Dinner... makan nasi dengan lauk seperti biasa, langsung takde pantang, ayam, ikan kembung, daging, ikan bilis semua hentam, kecuali telur, kicap. Sayur biasanya, baby sawi, brocoli, sawi. Janganlah takut, pantang larang ni sebenarnya untuk pesakit yang ada open fracture je sebab bimbang gatal dan bernanah. Tapi kalau luka dah sembuh sepenuhnya, makanlah dengan diet yang seimbang. Doktor pun tak suka pesakit patah tulang ni berpantang, sebab tubuh perlukan zat-zat yang ada dari makanan untuk sembuh.


Perbanyakkan makan sayur-sayuran...Sayur memang sedap, siapa yang tak suka sayur memang rugilah. Selain sedap, zat-zat yang ada pada sayur banyak membantu tubuh menjadi sihat. Nampak gambar kat atas tu? Sayur brokoli dan saderi, batangnya pun dah macam bentuk tulang kan. Dua sayur ni memang bagus untuk kesihatan tulang. Rajin-rajinlah makan sayur yup.

Minum susu...Amalkanlah minum susu, apa brand pun pada aku sama sahaja. Yang penting jangan bancuh menggunakan air panas. Saranan air suam atau air sejuk. Tapi aku rasa buat masa sekarang elakkan minum ais ok. Amalkan 2 kali sehari pagi dan malam kalau x dapat 2 kali, sekurang-kurangnya sekali (pagi) dan consistently setiap hari. Susu memang bagus untuk tulang, sebab susu ada kalsium yang diperlukan oleh tulang. Kalau tak suka yang perisa biasa, boleh beli yang perisa coklat. Ikut keselesaan pesakit, kadang-kadang tak semua orang suka minum susu. Paling baik cuba dapatkan SUSU KAMBING. Kalau boleh dapatkan yg FRESH... memang TERBAIK.

Makan buah air oren...Ni yang memang aku tak tinggal, dulu masa aku bersalin (pembedahan caesarean) doktor sarankan makan buah oren. Setiap hari memang tak miss. At least 3 biji sehari before meal. Memang bagus untuk mempercepatkan proses merawat luka-luka juga untuk tulang sebab ada Vitamin-C yang tinggi.

Ikan Haruan atau pati ikan haruan... Ikan haruan fresh memang terbaik lah, kalau tak dak, pati pun ok ja. Sejujurnya yg ni aku tak amal, bukan x nak tapi sebab x p beli lagi.. hehehe. Tapi Bagus untuk tisu dalaman dan bagus untuk penyembuhan luka dalaman, nak-nak di bahagian patah tulang tu. Yang ada open fracture boleh la amalkan minum. Boleh beli di farmasi.

Supplement... kalau ada sesiapa yg nak ambil supplement, sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Dan pastikan minum air kosong sekucupnya untuk mengelakkan menjadi batu karang. Bila minum air secukupnya, air akan membantu flush out segala lebihan yg tidak diperlukan oleh badan.

DOA-DOA untuk amalan... Terima kasih kepada ibu sahabatku yg telah sudi menulis ayat ini untuk amalan ku. Katanya, doa ini patut kita hafal sepertimana kita menghafal dan mengamalkan ayat Kursi. Antara doa yg diajarkan ialah LAU ANZALNA




Lau Anzalna haazal qur aana'ala jaba lillaro ai tahu kho syi'an mutasaddi'am min khos ya tillah watil kal am saa lu nadh ri buhaa linnaa si la 'allahum yatafakkarunn. Huwalla hullazi laa ila hailla huwa 'alimul qhoi bi whassaha dati huwarrohmanurrohim.

Huwalla hullazi laa ila ha illa huwal malikul quddu sussalaa mul mukminul muhaiminul 'azii zul jabbarul mutakabbir Subhanallah hi 'amma yushrikunn

Huwalla hul khooliqul baari ul musauwi rulahul asma ul husnaa yusabbi hu lahu maa fissama wa tiwal ard

Wa huwal 'azizul hakiim

(selawat)

Allah hum ma solli 'ala Saidina Muhammadin Tibbil quluu bi wadausaa iha

Wa 'aa fiyatil abdaani wa syifaaiha, Wa nuu ril absoori wa dhiyaa iha, Wa 'alaa alihi wa sohbihi wa baarik wassallam.

Terjemahannya :

(21) Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.

(22) Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(23) Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan; Maha Pengawal; Maha Kuasa; Maha Kuat; Memiliki segala Kebesaran. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan.

(24)Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan; Yang Membentuk rupa; bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-baiknya; bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tidak ada tolok bandingnya, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Hasyr, ayat 21-24)

Selain itu kita boleh mengamalkan:

1. Surah an-Nurr ayat 35.


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (An-Nuur 24:35)

2. Surah Yassin ayat 77 dan 78.

Ayat 77:

36:77
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

أَوَلَمْ يَرَ الْإِنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ

Tidakkah seorang insan itu melihat bahawasanya Kamilah yang menciptakan dia; Allah lah yang menciptakan manusia.

Lihatlah bagaimana Allah menggunakan bahasa. Pada mula-mula surah ini, Allah bercakap terus kepada mereka untuk memberikan peringatatan kepada mereka. Tetapi, apabila mereka berdegil, Allah membahasakan mereka dalam pihak ketiga – هم (mereka). Tapi ini dah sampai kepada tahap, Allah tak membahasa mereka dalam pihak ketiga pun – Allah hanya sebut ‘manusia’ sahaja. Itu menunjukkan Allah dah murka dah.

Kalau dilihat asbabun nuzul ayat ini, ianya ditujukan kepada pemuka-pemuka Quraish yang menentang Nabi Muhammad. Tapi dalam zaman sekarang, ianya digunakan untuk mereka yang mempunyai sifat seperti mereka.
مِنْ نُطْفَةٍ

daripada sperma; bukan air mani, tapi dari sperma yang satu dari banyak-banyak sperma yang ada dalam air mani itu. Bayangkan Allah telah menjadikan manusia dari sesuatu yang hina iaitu air mani. Kalau air mani itu jatuh menitik ke bumi, ayam tak patuk, itik pun tak sudu. Tapi Allah telah menjadikan dari air mani itu manusia yang bersifat sempurna. Mempunyai rupa yang elok dan Allah telah memberikan akal kepada mereka. Tapi ingatlah bahawa kecantikan tubuh badan dan kepandaian akal fikiran itu berasal dari air mani sahaja.
فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ

Maka mereka tiba-tiba bila sudah jadi manusia, mereka menjadi pembantah yang jelas; membantah Allah dengan mengatakan yang salah tentang Allah. Antaranya, mereka kata Allah memerlukan perantaraan dalam berdoa, atau mereka berkata kalau orang yang banyak dosa, Allah tak dengar doa hamba itu; dan lain-lain lagi.

Perkataan خَصِيمٌ itu digunakan untuk merujuk kepada orang yang menentang dengan keras. Mereka sombong. Mereka melawan dengan kuat, dengan jeritan dan degil. Semua orang boleh nampak. Ini jenis yang kalau kita minta dia sabar, dia akan jerit balik kepada kita: “apa sabar sabar?!”. Yang dia menentang itu adalah kebenaran. Tapi fikirannya telah dikelabui oleh kesombongan dirinya.

Dia lupa asal kejadiannya dulu yang dijadikan dari air mani yang hina.

Nota: Ayat ini elok dibaca untuk mereka yang kena stroke. Baca berulang-ulang sambil sapu tangan pada bahagian yang dah lemah. In sha Allah, akan mudah untuk disembuhkan.
————————————————————————————–
Ayat 78:
36:78

Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا

Dan mereka membuat contoh bandingan kepada Kami; ini terjadi semasa zaman Nabi. Mereka bawa tulang yang telah reput. Dan mereka kata bolehkan tulang-tulang itu hidup semula? Mereka ingat mereka pandai. Mereka ingat hujah mereka dah kuat. Akal fikiran mereka telah dikelabui oleh kesombongan mereka. Sampai mereka menjadi sangat bodoh sampai mengeluarkan hujah yang bodoh sekali.
وَنَسِيَ خَلْقَهُ

Dan dia lupa penciptaan dia dahulu; mereka lupa bahawa Allahlah yang menciptakan mereka mula-mula dahulu. Iaitu dari tiada kepada ada.
قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ

Dia berkata: siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang ini yang telah hancur?

Ubay bin Khalaf (semoga Allah melaknatnya) datang kepada Nabi SAW membawa satu tulang yang hancur di tangannya. Dia membuang dan menaburkannya ke udara dan berkata: “Hai Muhammad! Apakah engkau mengira bahawa Allah akan membangkitkan ini kembali?” Nabi bersabda: “Ya, Allah Taala akan mematikanmu, kemudian Dia bangkitkan kamu, lalu Dia kumpulkan kamu ke dalam api Neraka.” Maka turunlah ayat 77 surah Yaasin.

Cara untuk beramal ialah hendaklah dibaca selepas solat lebih kurang 5 atau 7 kali. Mudahkan, kerana masa sakit mempunyai masa yang cukup banyak. Amalan ini bertujuan adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan tulang baru yang akan tumbuh sebagai penyambung semula tulang yang patah.

P/S: Alhamdulillah, ni jelah makanan dan minuman yang aku amalkan untuk tulang. Lain orang lain caranya kan. Harap bermanfaatlah.

Untuk panduan untuk Berwudhuk secara Tayammum, sila klik link di bawah. Semoga Bermanfaat

Panduan Solat Untuk Pesakit : Tayammum

Terima kasih.

Ni nak belanja gambaq-gambaq luka yg semakin pulih


Luka di kaki ni dah nampak perubahan. Asalnya ia berlubang. Sekarang isi dah tumbuh. Alhamdulilah.. Tapi nampak buruk kan??



Ini salah satu cream yg sangat bagus yg digunakan pada luka-luka aku. Terutama pada luka jahitan di kening.


Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kawan-kawan yg senasib. Juga boleh di jadikan pengajaran dan iktibar bersama

Terima kasih :)

Tuesday, December 16, 2014

Kisah Aku Kemalangan (Part 1)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,

Hari ini genap 15 hari aku kemalangan.... ok macam ni cerita dia...

Pada hari Selasa, 2hb Disember aku seperti biasa menunggang motosikal aku Sym GTS 200 ke tempat kerja kebetulan pulak kereta aku di hantar ke workshop sebab Air-cond dah out.

Banyak pulak kerja kat ofis, aku pulang agak lewat selepas hujan dah reda dan selepas aku selesai Maghrib (panjang pulak mukadimah ni ^_^)

Begini ceritanya...


Lebih kurang Jam 7.30mlm, aku bergerak balik, seperti biasa aku melalui Jambatan P.Pinang -Seberang Jaya - kelajuan mmg aku tak perasan.. rasanya cam biasa jugak kot. Sampai ja di KM103.2 sebelum Simpang Susur Keluar Sg Dua aku ternampak ada macam ketul batu tapi aku memang x sempat nak elak aku pun tawakkal je melanggar  benda tersebut......aku x sedar apa yg berlaku selepas itu


Gambar dari orang yang tolong malam tu


Ketoi kayu yang aku langgaq

Bila aku sedar... serius aku macam bermimpi. Ada suara wanita mengejutkan aku, aku bertanya "saya mimpi ka?" wanita tu tanya no telefon keluarga aku. Syukur aku masih mampu ingat no telefon suamiku.. tidak berapa lama kemudian aku dengar bunyi ambulan. Semasa aku di angkat, tangan kanan ku terasa sakit yang amat....

Bila sampai di hospital aku terus di bawa ke bilik X-Ray dan di sahkan tanganku patah... Ya Rabbi... aku x mampu berkata apa2.

Tak berapa lama kemudian aku nampak wajah suamiku... Alhamdulillah.. muka aku jugak agak teruk,  luka dahi di atas kening agak dalam, aku di kenakan 7 jahitan. Aku bersyukur budak lelaki yg jahit aku itu sgt baik. Aku jugak sempat melihat wajah hamba Allah yg membantu aku di tepi jalan.. semoga Allah membalas segala kebaikan mereka terhadap aku.





Selesai bab jahit,  aku di hantar  ke bilik Plaster, katanya nak "tarik" lengan yg patah... aku mmg dok bayang "tarik" mcm dlm movie tu... tapi walaupun sikit mmg sakit. Luka-luka aku di cuci dgn air apa ntah lah.. tapi aku menjerit tak ingat... adoi pedihhhhhhh. Simen pun di pasang.

Sekali lagi di tolak ke bilik X-Ray. Aku jugak nampak wajah anakku yg begitu tenng melihat keadaanku juga jiranku yg sudi menghantar suamiku. Terima kasih.

Setelah selesai semua proses, Lebih kurang jam 1 pagi, aku dimasukkan ke Wad 8.




Semalaman aku tak boleh tidoq, betapa tidak selesanya dgn tangan yg bersimen. Keesokan harinya, pagi2 dah ada doktor yg melawat, Alhamdulillah, semua nurse2 di Wad 8, hospital Seberang Jaya sangat baik hati dan prihatin, pesakit2 di situ jugak nampak mengambil berat dan perasaan ingin tahu ke atas apa yg berlaku pada aku :) Siksanya nk p toilet... ku gagahi jugak laaa...

Dah la di suruh aku berpuasa, masuk air ja.. ntah dah berapa botol, tak terkira aku. Doktor bimbang kalau ada pendarahan di dalam kepala sebab aku pengsan. So kalau ada muntah, berdarah melalui hidung atau telinga, pening2 kena cepat2 ke hospital.

yay!!! Kawan2 pejabat datang melawat. Terima kasih.. rasa terhibur sekejap... susah hati bab kerja jgn cakap lah.. bukan la nk habaq konon aku ni rajin tapi tanggungjawab.

Ni gambaq2 yg di ambil untuk di kongsikan dgn rakan2 kerja yg lain.

           

           

Lupa nk habaq, doktor ada advise untuk masukkan besi bagi membantu mempercepatkan proses baik tapi aku mcm takut2. So dok bagi pilihan untuk aku balik pikiaq dulu. Memandangkan wad pun penuh, doktor offer utk discharge dengan syarat setiap hari kena p dressing (cuci) luka, aku pun apa lagi setuju je lah . lagipun kereta tak dak, klu dok hospital susah pulak suami nak ulang alik.

Kakak yg tolong aku semlam dtg melawat siap bawak air penawar untuk aku. Katanya baik untuk org patah. Ya Allah sungguh besar budinya, orangnya tak pernah aku kenal.



Gambar ni dia yang ambil, nak buat kenangan katanya.

Nanti ada masa aku sambung lagi. ni pun jenuh menaip sebelah tangan.. Apapun, pengajaran dari apa yg berlaku ni, Pakailah proper attire semasa menunggang, Tak kiralah moto tu jenis kapchai sekalipun, Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan risiko sekiranya berlaku kemalangan.

Doakan patah tanganku cepat sembuh. Next entry aku share x ray report, bab report polis dan pantang orang patah.

Apapun aku bersyukur, sebab ada orang lagi teruk keadaan depa daripada aku.