Resepi Pilihan

Sunday, April 26, 2015

Panduan Solat Dhuha

Bismillaahirrahmanirrahim...


Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.


1. Niatnya:

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Latinnya : “Ushallii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa”
Artinnya : “Aku niat shalat sunat dhuha dua rakaat, karena Allah.”


2. Membaca surah Al-Fatihah
3. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

    a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:

          i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

         ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

         iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.


   b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

        i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.

       ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas


Surah As-Syams


Maksudnya: 
Demi matahari dan gelombang cahaya paginya. Demi bulan yang mengiringinya. Demi siang apabila cahayanya semakin terik. Demi malam apabila kegelapan menyelubunginya. Demi langit dan segala pembinaanya yang utuh kukuh. Demi bumi dan apa yang yang menjadikannya terhampar luas. Demi jiwa manusia dan proses penyempurnaan penciptaannya. Lalu Dia mengilhamkan kepadanya kecenderungan ke arah kejahatan dan ketakwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya. Sebaliknya rugilah orang yang mencemarkan pembangunan hatibudinya. Renungkan, betapa kaum Thamud telah mendustakan rasulnya. Ketika mereka menuruti sifat angkuh dan kebiadabannya. Sehingga membenarkan orang yang paling celaka memimpin mereka. Apabila nabi Saleh yang diutuskan Allah kepada mereka menasihatkan: “Biarkanlah unta betina anugerah Allah itu mengecapi minumannya. Namun mereka tidak mempedulikan arahan tersebut dan lantas menyembelih unta istimewa itu. Kerana itu Tuhan menggodam dan memusnahkan mereka sehingga rata. Allah tidak peduli apa jua akibatnya.

Surah Ad-Dhuha


Surah Al-Lail


Surah Al-Insyirah


4. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:


5. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:


6. Berdoa


Doa Solat Dhuha :
Latin: “Allahumma innad dhuha-a dhuha-uka, wal baha-a baha-uka, wal jamala jamaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrota qudrotuka, wal ‘ismata ‘ismatuka. Allahumma in kana rizqi fis sama-i fa-anzilhu, wa in kana fil ardhi fa akhrijhu, wa in kana mu’assaron fa yassirhu, wa in kana haroman fathohhirhu, wa in kana ba’idan faqorribhu, bihaqqi dhuha-ika, wa baha-ika, wa jamalika, wa quwwatika, wa qudrotika, aatini ma atayta ‘ibadakas sholihin”.
Artinya: “Ya Allah, bahwasannya waktu dhuha itu adalah waktu dhuha-Mu, dan keagungan itu adalah keagungan-Mu, dan keindahan itu adalah keindahan-Mu, dan kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rizkiku masih di atas langit, maka turunkanlah, jika masih di dalam bumi, maka keluarkanlah, jika masih sukar, maka mudahkanlah, jika (ternyata) haram, maka sucikanlah, jika masih jauh, maka dekatkanlah, Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMU yang sholeh”.





Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

Semoga sama-sama mendapat manfaatnya. 
*Sumber dari google dan https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/ (semoga dihalalkan tuannya)

Wassalam

Thursday, April 9, 2015

Jalan-Jalan Pak Bara & Koh Lipe, Thailand

Assalamualaikum Warahmatulla hiwabarakatuh..

Kami sekeluarga memang suka ke Thailand, biasanya Danok & Hatyai je. Kali ni teringin pulak nak ke Pak Bara, tambahan pula ada sahabat yg dok rekemen kuat. Katanya, area situ senang dapat halal / Muslim food dan tepi laut.

Esok nak pergi, harini baru kelam kabut cek passport, adoi dah nak expired la pulak. Kalau nak travel keluar negara passport mestilah 6 bulan ke atas. Kebetulan ada kawan kat Imigresen, dan dia advise buat di Perlis je sebab kat sana tak ramai orang. Memandangkan kali ni nak masuk ikut Wang Kelian, so kira ngam lah.

Sebelum ke imigresen, kami singgah di kedai di Changlun untuk tukaq duit. Mak ai.. RM dah jatuh teruk la.. masa tukaq ni 10TBT = RM8.50

Lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak ke Perlis, sesampainya di Imigresen, memang pun tak ramai. Proses lebih kurang 2 jam siap. Renew passport RM200 utk 5 tahun.

Tips: Sila isi minyak penuh-penuh ya. Nanti di Thailand, harga minyak mahai cek oii..

Boleh tahan jugak jalan wang kelian ni ya (bengkang bengkok mcm jalan batu feringghi), sampai di wang kelian dah petang. Proses masuk Thai melalui wang Kelian sangat mudah mungkin kerana tak ramai orang.

So kami pun terus ke Pekan Satun terlebih dahulu, betul lah, majority Muslim dan boleh berbahasa Melayu. Tapi kami sepakat nak bermalam di Pak Bara. Sampai kat Pak Bara, cari hotel pulak, maklumlah dah malam. Rata-rata price 500BHT - 900BHT (RM50 - 90).

At last, kami stay di Marina Resort And Resturant. Alhamdulillah.. FREE wifi (signal superb), 750THB



Dah settle down check in, kami keluar cari makan. Sepanjang jalan tu banyak gerai & resturant.



Ni gambar dari luar Resort kami stay. Berhadapan dengan laut, tapi x de la cantik sangat.


Hari Kedua, dah tak tau nak buat apa, so kami kat jeti pak bara saja nak ushar2 rate ke Koh Lipe (koh = pulau). Memang banyak travel agencies  kat sini. Dah habis nego, harga yg kami dapat :

Speedboat (2 hala)
Dewasa RM90 seorang
Kanak2 RM75 seorang
Hotel basic (no air-cond) RM100
Breakfast
dewasa RM15 sorang
Budak RM25 (termasuk tuala dan bantal)

Time balik kena confirm siap2. Kami p kol 1.30pm balik kol 1.30pm

Perjalanan ke pulau lebih kurang 2 jam.

Tips: boleh bawa bekal ke pulau (air, tidbits, roti) harga barang di pulau lebih tinggi tapi x dak la jauh sangat.

Sampai kat pulau, ada option nak jalan kaki pun boleh nak naik taxi (moto roda 3) pun boleh




Yay!! sampai sudah kami di Koh Lipe. Jom kita study Map Koh Lipe dulu. Kami dah book hotel di sebelah Sunrise Beach.
























Okay.. 1 malam dah selesai, jom balik ke Tanah Besar (Pak Bara). Kami dah book Speedboat jugak untuk balik, entah apa yg berlaku, ejen memberitahu untuk menukar kami ke Feri. Kami okay je. Boleh rasa camana pulak pengalaman menaiki feri.




Memang tidak mengampakan. Dapat naik ke upper deck lagi. Kepada yg gemuruh dengan laut, saya cadangkan untuk menaiki feri. Pastinya akan rasa lebih selamat. Tak perlu menghadapi alun-alun ombak yg agak suspen jugak.. :)

Setelah sampai di Pak Bara, kami decide untuk stay lagi satu malam. Ni lah tempat kami. Ciri-ciri utama penginapan mestilah yg menawarkan FREE WIFI. Maklumlah, ni je alat komunikasi semasa di luar negara



Alhamdulillah, makanan feveret bila ke Thai adalah Laksa Thai or Kenom Chin... Terbaik lah, 2 pinggan sorang


Selamat Tinggal Thailand.. Kami balik ikut Wang Kelian, so singgah jap ushar-ushar barang di Wagg Kelian

Inshallah ada rezeki, kami datang lagi.