Resepi Pilihan

Wednesday, April 1, 2020

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 2020 (part 1)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Hari ini, 31 Mac 2020, Selasa bersamaan dengan 6 Syaaban 1441, genaplah 14 hari aku melalui tempoh PKP. Sebagai seorang yg mmg gila keja yg suka habiskan masa di ofis keadaan menjadi agak sukar untuk aku. Tapi aku anggap keadaan ini lebih kurang sama seperti masa aku cuti sakit selepas terlibat dalam accident motor pd tahun 2015 selama 3 bulan (kisah-aku-kemalangan). In a way, aku anggap ni adalah anugerah Allah kepada kita semua utk berehat dari kesibukan dunia dan kembali kepada yang Maha Pencipta. Beza dia, kali ni tak boleh keluar lepak dan kena praktis social distancing. 

Harini juga aku mendapat 2 panggilan telepon dari orang-orang yg aku kasih menyatakan dorang nak kena menhadirkan diri untuk ujian saringan Covid.. YA Allah, macam nk luluh jantung tapi aku kena mantain positif, tak boleh lah aku tunjuk aku pulak yang hampir koyak. Aku doakan biarlah keputusan ujian mereka nanti negatif. 

Pada aku, orang yg bahagia adalah mereka yg mampu memberi maaf dan boleh membahagiakan orang lain. Aku gembira bila orang² yg aku kenal gembira. Aku pun turut bahagia dan berbesar hati setiap kali aku di beri peluang menjadi pendengar setia atau berkongsi pendapat dan pengalaman  dengan orang lain kerana setiap kali itulah juga ia menjadi peringatan utk diri aku sendiri. 

Baru² ni, ada salah seorang daripada one of my ex staff yg after sekian lama tak berhubung, text untuk nak berbual melalui telefon, rupanya dia di dalam dilema hidup. Aku bersyukur, kerana dia memilih aku untuk berkongsi kisah dukanya dan aku bahagia dpt menjadi tempat mengadu, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit bebanan yg ditanggung olehnya. Aku x dak lah buat apa pun, sekadar mendengar dan cuba memahami keadaannya. Aku doakan dia mampu mengharungi ujian yg Allah berikan padaNya. 

Ingat lah, ujian Allah itu mengikut kemampuan hambaNya. Lagi satu, sekiranya mereka memilih kita untuk berkongsi, bukanlah mereka ingin merungut tapi kerana mereka percaya pada kita.

17 Mac 2020
Aku dan family balik Penang pada malam PKP itu sendiri. At least x de lah boring teruk berbanding berkurung kat bilik hotel selama 2 minggu kan?? Tu perintah awal, lepas tu kan tambah lagi 2 minggu. Lebuh raya Utara-Selatan agak sibuk malam tu. Mungkin ramai juga yang kelam kabut balik sebelum tengah malam. If not, perlu isi borang kat balai segala kalau nak travel selepas tu. 

Aku ni Manusia yg suka habiskan masa kat opis, kalau satu hari aku balik on time (5.30-6pm) memang akan jadi satu benda yg pelik kat budak-budak kat ofis tu. Memang no life balance at all aku ni. Hidup aku; bilik, opis, gym. Sekali sekala p brisk walk kat Ipoh padang atau Padang Polo, itupun kalau rajin. Bila weekend, family ada baru la keluar makan kat kedai, window shopping or tengok wayang. This is my life.. Bunyik cam boring je kan??  Anyway, aku OK je. No complaining malah syukur. 

18 Mac 2020 - 31 Mac 2020
First thing in my mind, apa la aku nk buat kat rumah ni.. Well, Tuhan itu adil, dia tarik satu benda, dia ganti kan dengan benda lain. Yg penting kita kena positif dan latih diri utk melihat sesuatu dari sudut yg positif (Fikir yang baik-baik). Ni nak habaq, aku ni bukan pandai masak pun. Kalau ikut keturunan arwah Mak Abah mmg terer masak. Mungkin DNA tu ada dalam badan kot cuma x di asah je tak pun sebab malas, ni yang sebetoinya. I really take this opportunity utk masak. Kalau dulu x de masa, sekarang x de alasan lah kan? Hahahaha.. Laki pun mmg ambik kesempatan biaq aku tungging tebalik kat dapoq tu. Masak simple-simple sudah. Zaman sekarang dah mudah, tak tahu?? google je tak pun bukak You Tube, selesai masalah. Yang penting anak kata sedap (Kembang sat), orang lain mungkin biasa tapi utk aku yg jarang jarang ke dapoq ni kira satu achievement la jugak.. 🙄 

Rutin?? Cam biasa IG, FB, Twitter, Tik Tok, WhatsApp, Skype, Smule.. Mak aiii... Apa akaun aku x dak ni???  Cuma this time aku lebih fokus kan pada WhatsApp sebab kat situ lebih ramai contacts dan lebih cepat dapat reply.  

Dok berangan lah setiap hari ini, nk fokus ulangkaji la kan (angan-angan je lah). Tapi tiap kali buka buku, tiap kali tu lah jugak x boleh masuk otak.. Stress nya.... Last last buka smule, last last buka tik tok. WhatsApp.. Malam tengok movie.. One after another.. haihhh.... Tau kenapa? Semak perut (bahasa utaqa) maksudnya, pikiran berserabut, gundah gulana, tak tau punca dan yang seangkatan dengan nya. 

Perasan tak? kita ni semua ada social media tapi kita jarang betul-betul berkomunikasi kan. Abis sangat kita like je posting dorang. Aku ambik peluang ni, komen on friends status, call, video call to as many contacts as possible. Kalau dulu to maybe only few ja yg kita kerap kacau kan. Aku rasa korang pun sama kan?

Aku happy sangat, this time bila i really got the opportunity. One time tu, I am on Skype wt my ex secretary, kami keja skali tahun 2013-2014 camtu for like almost setengah jam, sharing some info pasai benda² related to E-commerce & Revenue (hotelier). Can u imagine dah brapa lama kami tak betoi2 borak, only commenting kat wasap or FB ja. Dia jugak nasihat kan aku utk ambik peluang ni mendalami atau belajar sesuatu and provide me with the link. Thanks dear. Ada juga yang share resepi, share tajuk movie yg sempoi-sempoi.

Tahu tak apa lagi blessing in disguise masa ni? 

Selain mendapat update dari kawan-kawan tentang Covid19 . Aku turut menerima panggilan telefon dari mereka termasuklah, ex-bosses. Apa perasaan korang kalau bekas bos korang call?? Terasa diri ku disayangi..  Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah. Ada masa VC dgn member hotelier lain. Mula aktif balik kat what'sapp group yg ada lebih 10.group kot... Kalau dulu, cuma make it read je.. Opsss.. Bukan apa sebab sibuk dgn keja kan. WhatsApp ofis ja tak leh nk ignore.. 😂. 

Bos aku?? Setiap hari text, kadang suruh buat something kadang just to say hi dengan kata² motivasi dia lah.. Such a wonderful bos. I am blessed. Ada sekali tu aku gtau dia aku ada long list yang aku nak buat, kalau aku survive dari Covid19 ni and how bout him? tau apa dia jawab? Dia jawab, first thing nak gi karaoke.. 🎤 Hat ni mmg aku pecah perut gelak. Nampak tak tension dia kat situ? 

Semua ni adalah nikmat yang Allah bagi kan. Macam aku cakap tadi, dia tarik sesuatu, tapi dia masih gantikan dengan sesuatu yang lain.

Didalam Surat Ar-Rahman ada pengulangan satu ayat yang berbunyi :

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

ِ”Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan” Artinya “Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang ”Kamu Dustakan’?”

Walau pun aku ni cuti, tapi ada je dari masa ke semasa bos bagi task. Kata dia, at least x dak lah aku bosan.. 

Video ni salah satu yg dia nak aku buat untuk staff Impiana Hotel Ipoh. Lebih kurang macam moment-moment happening la. Kan sekarang ni semua dah tak boleh berjumpa. At least good memories kat sana. End up jadi from me to everyone. Mau tak, camera aku paling banyak. Aku ni kaki selfie/ wefie, laki memang bising la, tapi bila video ni terhasil, baru aku nampak kelebihan wefie ni. Betul-betul from your heart tau..



Apa yg aku belajar sepanjang tempah 14 hari ni?? 


Banyak sebenarnya... Selain cuba resepi main masak ², Buat video utk tiktok, yang latest which aku try, main keyboard. Belajar kat YouTube je. It's fun. Belajar takkan pernah habis. Jangan lah pernah merasa diri kita hebat sekiranya kita bepangkat besar, kaya, berharta, bijak sebab kejadian ini mengajar kita untuk kembali kepada fitrah. Kena belajar bersyukur, bersederhana, bersendirian paling tidak pun dengan kelurga. Ada juga kawan yang betul-betul tinggal bersendirian kerana kerja outstation. 

Paling penting aku belajar menghargai masa, kesempatan, ruang, peluang, orang disekeliling. Berbuat baiklah kepada setiap orang tanpa mengira pangkat dan darjat, tanpa memilih, tanpa double standard. Walau kadang-kadang orang tidak memperlakukan kita seperti mana yang kita buat kat dorang. Yg penting biarlah kita ikhlas bukannya untuk dibalas. 

Aku ni pun bukanlah seorang yang sempurna, terlalu banyak khilafku. Ada satu benda yg sampai sekarang aku masih ingat one of my friend use to say, kita kalau x buat semua pun jangan tinggal semua. Ni merujuk kepada amalan atau tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Ya Allah, dah lama rupanya aku x baca surah Yaseen. Ni yang aku buat dulu. Ambik kesempatan ni berpuasa sunat bulan Syaaban. I feel at peace. Seruis sangat. Solat kalau dulu memang zohor dekat² nak masuk asar, sekarang awai la sikit. Tapi stil belum betul-betul di awal waktu. Apapun kita pelan², biar istiqamah. 

Aku ni memang suka nyanyi, bila bosan ja, memang ni lah keja aku, tak daklah proper equipment pun. Laptop ngan headphone ja, boleh lah kan.. abih sangat nyanyi kat dapoq sambil masak pun jadi (tu nama dia masak dengan penuh kasih sayang). Do what you love, and love what you do. Aku bukan Manusia sempurna. Aku tetap ada keinginan utk enjoy. So this is me... music adalah salah satu terapi aku tak kira masa suka atau duka.  


Sebelum PKP ni, aku mmg try my best to practice healthy lifestyle (exercise at least 3 x seminggu)  azam tahun 2020 lah katakan. Bila balik berkurung jadi jem gak lah. Adoii malasnya, Tuhan ja yang tau, biasalah dlm rumah kan, tapi gagahkan juga la buka you tube and do some workout. Dah biasa berpeluh, badan akan jadi lemau bila x de exercise. Not bad tau. Korang pun boleh je try. Google je jenis senaman camana yg korang mau. Semua ada. Mak Ayah ja tak dak dalam tu. 

Now kerajaan dah tambah lagi 14 hari tempoh PKP.. Make use of the time wisely. Masa takkan boleh diputar kembali...

Lastly, aku harapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat kita semua...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca sampai habis

Sharing benda-benda yg terhasil dalam tempoh 14 hari.

3 Hal Yang Perlu Kita Ketahui

Belajar Main Keyboard kat You Tube
Di Lembah Kesepian


Movie yang aku dah tengok sepanjang 14 hari ni yang pada aku memang boleh layan...

1. Just-mercy-2019/  (Drama
2. Bad-boys-for-life-2020 (Action / Crime)
3. sonic-the-hedgehog-2020/ (Action / Comedy)
4. green-book-2018/ (Comedy / Drama)
5. the-spy-who-dumped-me-2018/ (Comedy / Action) - ada sikit tak sensored
6. death-wish-2018/ (Action / Crime)
7. the-great-wall-2016/  (Action / Adventure / Fantasy)
8. the-invisible-man-2020/ (Horor / Science Fiction)