Assalamualaikum semua... kita kembali bersiaran untuk sambungan dari part 1 sebelum ni...
Sebelum tu, just nak share beberapa tips la kan, kalau nak cari tempat makan best better jangan yang ada cawangan sebab kedai-kedai ni biasanya dah di komersial kan. Better yang stand alone outlet kot...
Night Shots
Sebelum tu, just nak share beberapa tips la kan, kalau nak cari tempat makan best better jangan yang ada cawangan sebab kedai-kedai ni biasanya dah di komersial kan. Better yang stand alone outlet kot...
Night Shots
Putu Piring
Antara kuih femes yang kami dengaq kat Melaka ni adalah putu piring, bila Google banyak juga cadangan dari En Google tapi dah malas nak p cari. Kebetulan masa dalam perjalanan nak pi Pantai Klebang ada ternampak Orang dok beratoq kat stall ni. Kami pusing balik sebab nak tau apa dia. Memang rezeki kami lah, rupanya Putu Piring Generasi ke-3 Limbongan ni pun ada dalam list putu piring sempoi kat Melaka. Ada macam-macam pilihan dari Original, Choc Chips, Durian, lagi satu tak Ingat. Laki kami beli Durian & Ori.... Hat ni memang kami rekemen na... Memang sedap u olss. Wajib cuba kalau mai sini. Tapi kalau ada kencing manis, setakat rasa ja cukup na. Mungkin sebab gula melaka yang depa guna kot... Nyok dia pun fresh.
Hangpa zoom kat gambaq ni, boleh nampak menu dia.
Waktu Perniagaan
Isnin: Tutup
Selasa: 1:30–6:30 PTG
Rabu: 1:30–6:30 PTG
Khamis: 1:30–6:30 PTG
Jumaat: 1:30–6:30 PTG
Sabtu: 1:30–6:30 PTG
Ahad: 1:30–6:30 PTG
No telefon : 017-202 8669
Alamat : 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka
Otw nak pi Pantai Klebang, ternampak pulak sign Muzium Kapal Selam, OKlah alang-alang dah ada kat area ni kan, kat muzium ni siap lengkap disediakan tandas dan Surau. So senang lah untuk pengunjung. Tiket masuk RM6 sorang Dewasa.
Bila sampai kat Pantai Klebang, mak ai.. Ramainya orang yang berniaga pun sama ramai dengan yang melawat (lupa nak snap foto). Dah macam pasar malam dah, sepanjang-panjang jalan ada orang berniaga.
Pantai ni rasanya macam tak leh mandi kot. Tapi tak tau lah.
Overall, bercuti di Melaka tidak menghampakan, inshaAllah ada rezeki, panjang umoq kita jumpa lagi sebab banyak lagi tempat makan tak pi explore. Setengah tu harga depa agak keterlaluan mungkin sebab tempat ni selalu penuh dengan pelancong dari dalam dan luar negara.
Terima kasih Melaka. Till we meet again!
Terima kasih Melaka. Till we meet again!
No comments:
Post a Comment