Assalamualaikum dan Salam Duduk Rumah
Hari ni adalah Hari ke-6 dalam Fasa ke-2 PKP. (Day20)
Sat, camana nak start tak tau. Tajuk pun tak tau nak letak apa yang sesuai. OK camni, memandangkan bosan gila sebab tak jumpa manusia kita jumpa kat alam maya je lah sepanjang tempoh PKP ni. Rajin pulak aku dok tengok status kawan² kat WhatsApp dan selalu juga nampak isu-isu hati, perasaan, rindu. Ni salah satu status yang sempat aku screenshot.
So meh aku nak kongsi pendapat peribadi aku ye. Pada aku benda-benda camni tak yah ada ijazah bagai dan bukan rocket science pun nak kena kira teruk-teruk. Kita ni semua Allah jadikan mahkluk yang unik. Deria ke-6 selalunya hampir tepat. 🤔
Kehidupan kita ni sebenaqnya simple ja pun macam tu lah jugak dengan 'relationship'. Kalau hampa tak setuju dengan pendapat aku, hampa boleh komen ja kat bawah nanti.
Tak kira lelaki ka pompuan ka, keinginan kita sama, sebagai manusia pemikiran kita juga hampir sama. Hampa habaq mai kat aku, ada ka orang tak suka kalau dpt text or call dari orang yang dia kata dia sayang? Hampa jangan nak bohong buleh dak? Tak kira la sibuk mana sekalipun. Mungkin dalam kesibukan tu, hampa masih mehgharap si dia text cukup takat tanya habaq pun jadilah, paling tidak, 'dah makan ka' atau 'bizi ka ni?'. Takkan setakat nak balas, saya sibuk sekarang, 'nanti kita borak' pun tak sempat. Takkan nak kena tunggu sampai lepas 24 jam. Kalau kawan-kawan biasa text pun hampa sempat balas kan?? ada dak hampa tak balas? mungkin dalam 20, kot ada 1 terlepaih, tapi kalau cam ni aku rasa dia ni memang whatsapp champion ni. 😂
Kalau alasan sibuk, tak suka di kacau ni semua memang 'bullshit' (maaf bahasa aku). Kita memang tak kan layan kalau notification text tu bukan dari orang kita tunggu, betoi? 😏
Macam ni lah, kalau kalau masa awai awai nak kenai sanggup text tak kira masa, bila dh kenai layanan jadi suam² kuku, mau paham sendiri la naa... 🙄 Aku paham, RINDU, tapi kalau hampa sorang ja dok rindu sampai teruk-teruk tapi dia cam x dak apa pun, relax ja, macam syok sendiri lah kan? tak mau camtu. Kesian kat diri sendiri ok. Kalau hampa tak kesian kat diri hampa, hampa rasa ada orang lain nak kesian ka? kecuali mak ayah kita ja kot. Adik beradik pun belum tentu.😬
Kalau dia betoi betoi sayang kat hampa, dia mesti akan tanya dan ambik tau bila dia boleh kacau hampa kalau sungguh lah hampa ni memang org yang busy mengalahkan PM 🤔.
Kalau hampa couple dengan orang single lagi lah, aku tak percaya alasan ni semua. Kot yg couple dengan kekasih gelap aka skandal pun buleh cari time nak contact apa lagi yang single. Hampa pikiaq sendiri lah. Benda ni bukan nak kena ada degree pun untuk nak faham. Kecuali lah hampa masih lagi dalam zon penafian (in denial) tak sanggup nak terima kenyataan yang orang tu dah suam² kuku sebab hampa sayang terlebih sangat. 🤦♀️
Please lah move on atau sila lah lupakan si dia, kot dia jenis yang tak sampai hati nak habaq direct sebab takut hangpa frust menonggeng. Frust tu biasalah. Tapi kena yakin lah itu semua dengan izin yang Maha Kuasa.
Firman Allah SWT:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216)
Relationship ni bukan setakat ucapan "I Love You" or "I Miss You" hat ni semua orang buleh kata. anytime kot. It is more than just the words. Kalau sayang, kalau suka, kena tunjuk la. Kalau nak text pun tak dak masa, sayang mai kot mana. Nak balas mesej pun susah, suka mai kot mana. Setakat nak call 2 minit pun x dak masa, rindu mai kot mana. Betoi ka betoi?? Ni tanda samaada dia memang dah ada orang lain, atau dia rasa hampa tak sesuai dengan dia.
Jgn habaq kat aku, bila hampa tengah meeting atau ada keja, dia dok tak paham bahasa dok kacau hampa tak brenti? Hat ni memang patut kena tinggai pun. Apa sekali pun biarlah ikhlas dalam persahabatan dan perhubungan.
Apapun, kena percaya satu perkara, cinta tak semestinya memiliki tapi jangan menyakiti perasaan orang yang kita pernah suka walau hanya sedetik waktu. Kita semua tau, jodoh, pertemuan, ajal, maut semua nya ketentuan Allah. Tapi jangan main kan perasaan orang. Kalau tak suka, habaq ja teruih terang agar si dia boleh gerak dulu.
Wei aku paham, sakit kalau jadi 'bagai kan pungguk rindu kan bulan' kalau tak paham, p gugle. Jangan satu hari, hampa dapat karma, 'what goes around comes around'. Masa tu baru hampa ingat balik, oohh lagu ni lah yang aku buat kat orang dulu, lagu ni rupanya rasa sakit dia...
So, kepada yang masih lagi was-was samada buah hati hampa sayang ka dak, hampa sendiri buleh tau. Tak yah dok perah otak pikiaq teruk-teruk. Overthinking is not good. Terima dengan hati terbuka, paling tidak tanya ja buah hati hampa. Mungkin dia benar-benar sibuk dan tugas dia yang memang x da masa (tapi masa tu kita kena cari) atau kalau dia masih dok dolak dalik juga. Hampa buatla keputusan yang terbaik. Bumi Allah ini luas okay, ramai lagi manusia lain. Carilah yang betul sayangkan hampa, yang boleh bagi sedikit masa untuk hampa, yang boleh sediakan telinga dia bila hampa memerlukan. InshaAllah akan ada orang yang macam tu. Tapi bila dah dapat, jaga lah hubungan tu sebaik mungkin. Selebihnya berserah lah pada Allah kerana Dia yang lebih mengetahui.
Ok lah, ni sekadar pendapat 2 kupang aku ja, kalau hampa ada pendapat yang hampa nak kongsi, silalah tinggalkan komen kat bawah, Maybe pendapat hampa akan memberi manfaat kepada orang lain. We never know.
Salam duduk rumah, stay safe. Semoga Allah permudahkan ujian kita memerangi Covid19. Semoga kita dapat kembali menjalankan tugas-tugas lain seperti biasa secepat mungkin.
From kak norm with Love.
Salam duduk rumah, stay safe. Semoga Allah permudahkan ujian kita memerangi Covid19. Semoga kita dapat kembali menjalankan tugas-tugas lain seperti biasa secepat mungkin.
From kak norm with Love.
No comments:
Post a Comment