Resepi Pilihan

Monday, June 29, 2020

Belting Skuter (Sym) Putus

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Segala puji bagi Allah yg Maha Kuasa.


Camana nak mula pun tak tau.. Hahaha.. Ish gelak pulak dia. Okay camni lah. Aku ada sebuah skuter Sym, GTS 200 lebih kurang dah 7 tahun pakai. Beli dulu pun 2nd hand ja.

Skuter ni dulu dok jadi transport ulang alik aku dari Bertam masuk Penang Island. Selang seli dengan keta. Maklum lah, jem kat seberang perai ke Penang tiap hari isnin dengan hari Jumaat tu memang lain macam sikit. Sepanjang aku berpindah randah tempat kerja, encik suami lah yg jaga moto ni. Bila last year en suami kerja di KL, skuter ni tauke workshop moto tolong jagakan kebetulan ada kena repair sikit. So, biarlah dia pakai sebab moto ni kalau tak guna pun boleh rosak kan?.

Bila dah balik cuti PKP ni, aku pun ambik balik. Cadang mula macam nk juai ja, tapi sure harga rendah. Bila pikiaq balik, cam sayang pulak. Baik pakai ja lah. 

So, decided nak bawak balik skuter ni ke Ipoh. Tarikh 26 Jun 2020, Jumaat, Aku bertolak dari bertam jam lebih kurang 6.30ptg. Suami dan anak naik kereta. Mula memang nk gerak awal sebab fikirkan lebih baik sampai sebelum waktu gelap. Maklum lah, yg pertama moto dah lama tak jalan jauh, solo rider pulak tu, pompuan lagi dan aku pun first time nak bawak ride keluar dari negeri. Skuter ni pun tak sure betul betul dah OK ke keadaan dia.

Aku bawak dalam speed between 90 - 110 km/h. So nk try la bagi reach 120km/h. Lepas R&R semanggoi, Bukit merah aku speed sikit elok ngam 120, minyak drop. Dalam hati, Ya Allah apa dah jadi ni. Masa tu memang kat lane emergency. Mujoq moto pun tak panik, aku pun tak panik, So aku pun slowly berhenti kat tepi highway. Enjin masih hidup, masa nak berhenti pun jenuh pikiaq selamat ka dak tak tau nak stop bukan tempat stop. But other choice kan, tawakkal ja lah. Bila dah stop, teruih capai phone call husband bagi tau dia dan minta no phone tauke  workshop tu. Masa ni, husband baru masuk tol juru. Dah bila nak call, line phone pulak tak dak coverage.. Subhanallah, dugaan sungguh. Dok sat baru OK. Tapi tak dapat juga call. Sempat la text seorang sahabat yg memang kaki motor, nk tanya kot dia tau punca. Katanya, "belting putuih tu" aku mmg blur katak la.. Tau bawak ja.. Haih.. Tak sampai 10 minit ada seorang Hamba Allah dtg tanya, "Motor rosak ka? "  aku pun dgn konfiden nya jawab.. " tak tau lah tapi rasanya belting putuih kot" walhal haram tak tau apa. Kebetulan dia pun pakai SYM and ada group wassap, pastu dia dok call and tanya kat SYM group wasap. Boleh nampak kesungguhan dia nak bantu aku yg memang mati akai sat. Masa ni dah 7.34pm. Aku dalam dok panik, sempat lagi selfie 😅. Nama brother ni pun tak tanya lagi.. Teruk betoi lah aku ni.. Haihhh

Last skali, dia offer tolak dengan kaki, aku yg memang tak pernah ada pengalaman ni, OK kan ja. Subhanallah, betul lah duit x boleh beli pengalaman, kena lalui sendiri, baru tau. Ngeri sebenaqnya, nak balance moto dan nak balance Laluan tepi or tengah. Dup dap dup dap jugak. Brother ni towing kaki sampai tol kamunting. Kebetulan dia pun nak balik ipoh. Sampai sana baru fikiaq balik solution, nak tow balik Ipoh atau camana. Hari memang dah gelap. Kedai moto time ni memang dh tutup. Budak-budak plus pun bagitau kedai dah tutup. 

Pilihan yg ada masa ni:

1. Towing charge RM250 boleh nego
2. Ada satu brother dari group sym yg boleh tukar kan belting, masa call ni, dia masih di Ipoh. Kalau sanggup tunggu, dia akan balik taiping sebab rumah kat taiping. Caj RM180. Actually my fren kata buat belting kos dalam RM70 - 80 ja. 

Lepas call suami, we agreed untuk tukaq  ja. So aku pun lepak lah kat tol kamunting dengan brother yg tolong aku tu. Rasa serba salah sangat sebab dia tolong teman kan lagi. Ya la, aku ni pompuan kot, sorang sorang. Hanya Allah sahaja yg mampu membalas kebaikan nya. Time ni baru boleh berkenalan dan bersembang, tadi tepi highway, memang ngeri sup sap sup sap keta, lori lalu, bergegaq rasa jantung dok tepi highway tu... 😅

Bila suami dah sampai, kami p kedai nak minum dulu sementara menunggu Abang Din tu sampai, brother ni (Yusnan), nama panggilan Nan ja. Ni baru tau nama dan dia pun pun tak pernah jumpa abg din lagi. Lebih kurang  hampir kol 10 mlm Abd Din sampai. Nan pun gerak dulu, nak p ambik durian kat Bukit gantang katanya.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 1130mlm baru siap. Abg Din bukan mekanik tapi minat dia agaknya, lagi pun dia pun pakai SYM so good utk ambik tau. 

Lepas dia test ride sikit, dia advise la beberapa benda nak kena buat lagi lepas ni. For now tak boleh bawak lebih dari 100km/h. Kami pun sambung perjalanan, perut pun lapaq, so singgah makan kat area Simpang, Taiping. Dalam masa yg sama suami dok communicate dgn kawan dia (Dino) yang duduk kat Ipoh. Tak sangka pulak dia mai sampai Changkat Jering. Lepas Makan, aku pun swap dengan husband, lagipun malam aku phobia sikit tambah-tambah aku pun dah rasa mengantuk ni. 

So, aku continue driving, en suami ride konvoi dgn kawan dia sampai Ipoh. Lebih kurang kol 1 lebih sampai rumah ke-2.

Alhamdulillah, aku bersyukur dgn dugaan ni. Allah masih bagi aku kesempatan untuk menikmati dunia ini. Antara hikmah yg aku dapat:

1. Kenal seorang kawan baru yg baik dan sangat humble
2. Dapat join SYM wassap group utk rescue team. Ahli satu Malaysia in case emergency utk Dapatkan reference. 
3. Ramai rupanya kawan-kawan yang peduli dan mendoakan keselamatan aku. 
4. Kenal lagi satu sahabat yg sanggup datang untuk pasti kan semua OK. Harini, dia bawak motor aku ke workshop kat Ipoh ni, berdekatan dengan Kilang Carsem. 
5. Pengalaman yg tidak dpt di beli dengan duit dan tak mampu nak ceritakan dengan kata kata. 

Antara punca belting putus :
1. Moto lama tak jalan
2. Ride Laju sangat
3. Jangka hayat dah tamat tempoh. Yg ni tak dapat nak jawab, berapa lama 
4. Kadang belt elok tapi piring kat dalam tu dah tak okay, so dia boleh jadi punca geseran 

Moral of the story dan pesanan sahabat aku, Kalau nk ride, not after 7pm especially bila sorang atau less than 3 Orang.

Tips dari Abang Din untuk penjagaan motor

Notes:

1. Guna minyak hitam brand Motul hijau 3100 - boleh guna smp 5000km - nak tau original ke tak, belakang botoi ada 3 Bhs, English, jepun, satu lagi aku x ingat. 

2. Tukaq minyak gear skali Guna yg SAE 85

3. Minyak enjin guna yang  10w 40

4. Setiap kali tukaq minyak enjin, tolong Servis CVT juga. 

Last sekali, kata dia beli je simpan belting dalam moto incase terjadi macam ni, kadang ada ja rider yang boleh tukar kan. 

Ni no telefon dia, kot ada penunggang Sym yang nak join group Abg Din Zainal 0125374419

Okay lah.. Setakat ni ja pengalaman sendiri.. 

Jaga diri ya.. #kitajagakita 

Assalamualaikum... Yang baik itu dari Allah yang kurang tu atas kelemahan diri sendiri. 


Saturday, June 27, 2020

Sayang atau Melayang

Assalamualaikum dan Salam Duduk Rumah

Hari ni adalah Hari ke-6 dalam Fasa ke-2 PKP. (Day20) 

Sat, camana nak start tak tau. Tajuk pun tak tau nak letak apa yang sesuai. OK camni, memandangkan bosan gila sebab tak jumpa manusia kita jumpa kat alam maya je lah sepanjang tempoh PKP ni. Rajin pulak aku dok tengok status kawan² kat WhatsApp dan selalu juga nampak isu-isu hati, perasaan, rindu. Ni salah satu status yang sempat aku screenshot.


So meh aku nak kongsi pendapat peribadi aku ye. Pada aku benda-benda camni tak yah ada ijazah bagai dan bukan rocket science pun nak kena kira teruk-teruk. Kita ni semua Allah jadikan mahkluk yang unik. Deria ke-6 selalunya hampir tepat. 🤔

Kehidupan kita ni sebenaqnya simple ja pun macam tu lah jugak dengan 'relationship'. Kalau hampa tak setuju dengan pendapat aku, hampa boleh komen ja kat bawah nanti. 

Tak kira lelaki ka pompuan ka, keinginan kita sama, sebagai manusia pemikiran kita juga hampir sama. Hampa habaq mai kat aku, ada ka orang tak suka kalau dpt text or call dari orang yang dia kata dia sayang? Hampa jangan nak bohong buleh dak? Tak kira la sibuk mana sekalipun. Mungkin dalam kesibukan tu, hampa masih mehgharap si dia text cukup takat tanya habaq pun jadilah, paling tidak, 'dah makan ka' atau 'bizi ka ni?'. Takkan setakat nak balas, saya sibuk sekarang, 'nanti kita borak' pun tak sempat. Takkan nak kena tunggu sampai lepas 24 jam. Kalau kawan-kawan biasa text pun hampa sempat balas kan?? ada dak hampa tak balas? mungkin dalam 20, kot ada 1 terlepaih, tapi kalau cam ni aku rasa dia ni memang whatsapp champion ni. 😂



Kalau alasan sibuk, tak suka di kacau ni semua memang 'bullshit' (maaf bahasa aku). Kita memang tak kan layan kalau notification text tu bukan dari orang kita tunggu, betoi? 😏
Macam ni lah, kalau kalau masa awai awai nak kenai sanggup text tak kira masa, bila dh kenai layanan jadi suam² kuku, mau paham sendiri la naa... 🙄 Aku paham, RINDU, tapi kalau hampa sorang ja dok rindu sampai teruk-teruk tapi dia cam x dak apa pun, relax ja, macam syok sendiri lah kan? tak mau camtu. Kesian kat diri sendiri ok. Kalau hampa tak kesian kat diri hampa, hampa rasa ada orang lain nak kesian ka? kecuali mak ayah kita ja kot. Adik beradik pun belum tentu.😬

Kalau dia betoi betoi sayang kat hampa, dia mesti akan tanya dan ambik tau bila dia boleh kacau hampa kalau sungguh lah hampa ni memang org yang busy mengalahkan PM 🤔.

Kalau hampa couple dengan orang single lagi lah, aku tak percaya alasan ni semua. Kot yg couple dengan kekasih gelap aka skandal pun buleh cari time nak contact apa lagi yang single. Hampa pikiaq sendiri lah. Benda ni bukan nak kena ada degree pun untuk nak faham. Kecuali lah hampa masih lagi dalam zon penafian (in denial) tak sanggup nak terima kenyataan yang orang tu dah suam² kuku sebab hampa sayang terlebih sangat. 🤦‍♀️

Please lah move on atau sila lah lupakan si dia, kot dia jenis yang tak sampai hati nak habaq direct  sebab takut hangpa frust menonggeng. Frust tu biasalah. Tapi kena yakin lah itu semua dengan izin yang Maha Kuasa.

Firman Allah SWT: 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 

(Al Baqarah : 216)

Relationship ni bukan setakat ucapan "I Love You" or "I Miss You" hat ni semua orang buleh kata. anytime kot. It is more than just the words. Kalau sayang, kalau suka, kena tunjuk la. Kalau nak text pun tak dak masa, sayang mai kot mana. Nak balas mesej pun susah, suka mai kot mana. Setakat nak call 2 minit pun x dak masa, rindu mai kot mana. Betoi ka betoi??  Ni tanda samaada dia memang dah ada orang lain, atau dia rasa hampa tak sesuai dengan dia.
Jgn habaq kat aku, bila hampa tengah meeting atau ada keja, dia dok tak paham bahasa dok kacau hampa tak brenti? Hat ni memang patut kena tinggai pun. Apa sekali pun biarlah ikhlas dalam persahabatan dan perhubungan.



Apapun, kena percaya satu perkara, cinta tak semestinya memiliki tapi jangan menyakiti perasaan orang yang kita pernah suka walau hanya sedetik waktu. Kita semua tau, jodoh, pertemuan, ajal, maut semua nya ketentuan Allah. Tapi jangan main kan perasaan orang. Kalau tak suka, habaq ja teruih terang agar si dia boleh gerak dulu. 
Wei aku paham, sakit kalau jadi 'bagai kan pungguk rindu kan bulan' kalau tak paham, p gugle. Jangan satu hari, hampa dapat karma, 'what goes around comes around'. Masa tu baru hampa ingat balik, oohh lagu ni lah yang aku buat kat orang dulu, lagu ni rupanya rasa sakit dia... 

So, kepada yang masih lagi was-was samada buah hati hampa sayang ka dak, hampa sendiri buleh tau. Tak yah dok perah otak pikiaq teruk-teruk. Overthinking is not good. Terima dengan hati terbuka, paling tidak tanya ja buah hati hampa. Mungkin dia benar-benar sibuk dan tugas dia yang memang x da masa (tapi masa tu kita kena cari)  atau kalau dia masih dok dolak dalik juga. Hampa buatla keputusan yang terbaik. Bumi Allah ini luas okay, ramai lagi manusia lain. Carilah yang betul sayangkan hampa, yang boleh bagi sedikit masa untuk hampa, yang boleh sediakan telinga dia bila hampa memerlukan. InshaAllah akan ada orang yang macam tu. Tapi bila dah dapat, jaga lah hubungan tu sebaik mungkin. Selebihnya berserah lah pada Allah kerana Dia yang lebih mengetahui.

Ok lah, ni sekadar pendapat 2 kupang aku ja, kalau hampa ada pendapat yang hampa nak kongsi, silalah tinggalkan komen kat bawah, Maybe pendapat hampa akan memberi manfaat kepada orang lain. We never know.

Salam duduk rumah, stay safe. Semoga Allah permudahkan ujian kita memerangi Covid19. Semoga kita dapat kembali menjalankan tugas-tugas lain seperti biasa secepat mungkin.

From kak norm with Love.


Pengalaman explorasi Gua Tempurung & Water Tubing @ Gopeng, Perak

Assalamualaikum kawan-kawan,

Baru-baru ni kami p Gua Tempurung dengan member-member satu ofis. Ni kira macam recce trip + nak merasa sendiri. Perancangan yang berlangsung lebih kurang sebulan sebelum hari kejadian, dari lebih kurang 15 orang yang bagi nama, last-last sekali tinggai 8 orang ja. 

Berkumpul di Impiana Hotel Ipoh seawal jam 7.45am, lebih kurang jam 8.15pg kami bertolak ke sana. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sempat lagi singgah pekena roti canai dekat gerai tepi jalan sebelum simpang masuk ke Gua Tempurung. So, kalau hampa nak mai sini, boleh lah stay kat Impiana je boleh lah discover area lain sekali.


Perasaan?? memang la excited. Ni la kali pertama kami (saya) nak merasa masuk gua sampai laluan basah dan gelap. Ni nak habaq, sebelum nak p tu kena lah buat persediaan apa yang patut dulu. Contohnya seperti lampu suloh (headlamp) lebih baik sebab mudah dan tak menganggu pergerakan tangan, kasut getah ye, jangan dok p pakai sport shoes adidas, nike atau apa saja lah 😆 kang jenuh stress kasut rosak lagipun memang tak sesuai lah no, tuala, baju persalinan, beg kalis air (jika perlu) tak pun boleh je minta tolong tour guide tolong simpankan kunci kereta.

Okaylah, selepas dah berkumpul, kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh tour guide kami, nama dia Naim. 


Bermulalah ekplorasi kami, di dalam gua ni terdapat beberapa check point lebih kurang tempat untuk berehat dan menikmati keunikan kejadian alam semula jadi ciptaan Tuhan yang tak terungkap oleh kata-kata (fuh, tetiba ayat... ) tapi memang cantik sungguh. 






Lebih kurang ada 1000 lebih anak tangga jugak la nak kena menapak ni. Bila time nak turun ke bawah keadaan gua lebih gelap, ni la masa nak pakai lampu tadi tu. Mak oiii... gelap sungguh. Part yang aku paling tak leh nak cerita betapa takut dan ngeri masa nak kena turun slide atas tanah dalam gua ni, memang x leh nak step by step na.. aduh menjerit satu gua rasanya. (buat malu kat member lain ja) depa yang lain relaks ja, aku yang teruk kecut perut. Rupa bukan satu, ada 2 cek oiii.... nak patah balik memang dah boleh dah. Redha dan tawakkal je lah. Nak cerita lebih-lebih memang x tercerita. Perasaan, pengalaman semua Orang x sama sebab masing-masing ada tahap kekuatan tersendiri dari segi fizikal dan mental. Kat sini memang kita yang x brapa kuat sangat mental tu, mengharapkan semangat kawan-kawan dan juga untuk membantu selain panduan yang tour guide bagi. Alhamdulillah geng kami ni sangat penyabar dan prihatin, rasa beranilah sikit. 

Masa yang paling syok, bila kena merentas ayaq sungai dalam gua ni, sejukkk pastu teringat zaman dok main ayag parit 😂. Ada laluan sempit pun ada gak siap kena buat commando crawl la u ols. Ada member siap bergolek-golek. Tapi memang sempoi abih lah. Bila dah lepas semua halangan tu, Ya Allah puas sangat. 

Sebelum sambung baca, boleh layan video ni dulu ye....


Bila sampai tempat best ja, tour guide bagi kami relaks dulu ambik nafas. Lebih kurang utk complete untuk stage 3 ni dalam 2 jam lebih lah. Bergantung kepada kelajuan. Kalau banyak selfie confirm lama lagi la. Kata Naim, kalau stage 4 boleh mengambil masa sampai 3-4 jam 😁. 

Pakej yang kami ambik, siap ada makan tengahari. Sempoi pulak tu, macam masakan mak kat rumah. Ada sambal Belacan, tempoyak, ikan masin, sayoq lemak dan ayam goreng. (rindu arwah mak 😢). 

Selepas perut dah kenyang, kami pakat naik lori pulak. Oh ya, lupa nak habaq, kat sini ada disediakan tandas, bilik mandi dan Surau. Naik Lori ni pun satu pengalaman jugak u ols. Lebih kurang dalam 15 - 20 min jugak rasanya. Kami nak p tempat aktiviti water tubing.

Okay, bermula lah lagi satu pengalaman yang tak akan dilupakan. Takut memang lah takut, dah la x pandai berenang walaupun pakai jaket keselamatan, perasaan takut tu tetap ada cek oii..

Mula-mula seperti biasa, taklimat keselamatan (dos and don'ts). Kali ni ada 2 guide yang akan memantau aktiviti kami. Sangat menarik aktiviti ni. Rasanya semua beginner elok buat yang ni dulu sebelum yang lebih ekstrem.

Ya Allah, boleh pulak aku terbalik, apa lagi minum ayaq sungai la jawabnya. Kali ke dua, entah macam mana buleh pulak terlepas pelampung kat tempat ayaq deras pulak tu.. Panik masa tu, Allah saja yang tahu. Dalam hati memang dok pikiaq apa patut aku buat. Mujoq ada salah sorang geng kami patah balik & tolong aku. Tapi dalam hati tetap 50 : 50. Syukur nothing happen.


Overall memang best sangat. Yang penting kena kuat semangat, yakin diri, yakin dengan kawan-kawan dan percaya pada guide. 

Sempat lah berkubang dalam sungai yang sejuk gila... Ramai juga Orang datang berkelah, berkhemah kat sini. Dah puas berkubang, kami naik Lori balik ke gua tempurung untuk balik ke Hotel semua. 

Tak habis kat situ, sempat lagi singgah tepi jalan makan durian. 😁

InshaAllah, ada rezeki dan peluang di masa akan datang, nak buat water akitiviti lain pulak.

Terima kasih di atas pengalaman yang cukup menarik ni.

Sekian buat kali ini.