Resepi Pilihan

Tuesday, February 18, 2020

Melaka 3H 2M (Part 1)

Setelah sekian lama, tiba-tiba terasa ingin berkongsi kembali.. Maaf lah, I am not a good story teller or a good writer either.. Tapi sekadar suka-suka.

Kali ini berkisahkan cuti yang tidak di rancang. Maklum lah nak dapat kan persetujuan keluarga nk pilih mana nak pi ni bukan senang 😆.

Bermula dengan pencarian dengan my best buddy… MR GOOGLE…. maka inilah hasilnya… Jom ikut tempat tempat yang sempat kami p tengok.


Muzium Alor Gajah

Ni kami nak cerita, otw nak p Bandar Melaka ternampak signboard MUZIUM Alor Gajah, so singgah lah dengan harapan nk bawa anak melawat tempat tempat simpanan sejarah. Sayangnya, tempat ni dah tutup sejak Jun lepas.

Apapun, kami kagum dengan bangunan muzium ni. Cantik dan berseni.


Perjalanan diteruskan…..

Taman Buaya Dan Rekreasi


First time mai melawat tempat ni… Beratoq punya la panjang, biasa lah cuti sekolah kan. Nasib baik laki kami nampak ada sign ‘book online’ Harga masa ni RM19 dewasa utk pemegang Mykad. Ada 2 kaunter satu utk yang beli direct di kaunter Dan satu lagi khas utk yg beli online. Sakit pulak hati tengok kaunter beli online ni tak dak Orang. Dalam hati, bukan nak tolong pun bila kaunter sebelah Beratoq panjang. Bila tanya, dia kata boleh beli tiket melalui Traveloka Online ticket lebih murah terutama masa cuti sekolah dan cuti umum.






Ada banyak tempat Buaya.. Kat sini juga ada mini waterpark sesuai untuk kanak-kanak tanpa bayaran tambahan. Paling penting boleh bawa Makanan dari luar tau.

Untuk info lanjut boleh lawat Facebook Taman Buaya


Hotel ni consider highly recommended lah ye, review kat Tripadvisor pun baguih ja.. So kami booklah Hotel via Agoda tapi boleh je survey dulu sebelum buat booking. Tengok je semua laman Web untuk compare mana paling lowest yer.

Parking, flat rate RM5 sepanjang penginapan. Bilik lawa u olss. Lobby pun grand.. Feeling cool je masuk Hotel ni




View sungai melaka ni cantik… Sebelah malam lagi cantik. Lupa pulak nak ambik gambaq.

One of the reason pilih Hotel ni sebab ada swimming pool, maklum lah kat tempat keje sendiri tak boleh nak mandi pool.

Nasib sempat juga rasa pool dorang ni… Besar dalam nya dari 3kaki – 9 kaki. Pool untuk kanak-kanak ada. So kalau bawak anak-anak tu, tolong lah pantau na.. Jangan la harapkan life guard sahaja.



Staff kat sini pun friendly.. Dari mula masuk Hotel. Terasa kedatangan dialu-alukan. Lain-lain kemudahan tak sempat nak explore..

Terima kasih Ramada Plaza by Wyndham Melaka Hotel.

Cari Makan

Adoiii… Hat ni paling payah sekali.. Google je lah…

Jumpa lah Restoran Sup Lembu Tangkak, seriously not bad at all… Kalau hangpa p melaka, boleh try Makan kat sini. Walaupun melaka femes dengan assam Pedas, tak semua pun sedap.. Akak dh try dah masa first sampai, agak mengecewakan, so tak mau lah cari dah. Boleh gak cek kat sini hungrygowhere.my atau google ja tempat makan best tapi tak semua boleh percaya la kan... lagipun tekak kita bukan nya serupa 😋

Tapi sup ni so far memang kena dengan anak tekak akak kot… Daging pun lembut ja. Mula Ingat kedai Cina, tapi pekerja semua melayu.

Worth to try 👍



Tudia serba sikit cerita kat Melaka... satgi nak habaq aktiviti malam pulak kat sini. Sharing ni setakat yang tempat-tempat yang sempat kami pi ja la.. rasanya banyak lagi benda boleh buat kat sini tapi almaklumlah bila travel dengan "handbag" besaq & kecik jadi payah sikit la nak cover semua. Ni kira hat mana dan (sempat) ja. 

Orang pi holiday nak tengok tempat orang, ni pi jauh-jauh, ajak tengok wayang cerita Star Wars (1st day keluaq panggung). Tak kisah lah, yang penting masa dengan kita spent dengan famili. Betoi ka betoi ? 🤗

Akak ni dah memang pasang niat nak naik Menara Tamingsari  yang menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara. Mau tak nya, menara ni lah "Bird Eye View of Malacca". Lebih kurang macam kita naik bukit la kan, boleh nampak seluas-luas pemandangan. Yang ni puan hangpa boleh pilih nak pi masa bila

Pasai syok nak tengok lampu-lampu, kami p naik belah malam... Ya Allah, heloks...


Gambaq ni tak berapa sharp sebab pakai camera phone ja pun. Kalau nak elok, bawak DLSR mesti letup. Kalau hangpa pi Melaka, memang kena try la, orang kata kena rasa la kan, tak lah gayat sangat pun sebab dia naik pun slow ja 😉 Bila dah ada kat kawasan ni, memang meriah lah dengan orang berniaga barang-barang sovenir. Kalau teringin nak naik beca yang penuh dengan lampu-lampu siap muzik bagai ala-ala disco bergerak boleh naik kat sini jugak. Kalau tak salah, satu beca RM25 untuk satu pusingan.




Sebelum tu nak share lagi satu hotel yang kami duduk. Kali ni dekat lakosi dekat dengan tempat lawatan utama.

Imperial Heritage Hotel


Lepas dah survey online, call hotel juga sebab nak buat perbandingan, bukan apa selagi boleh jimat, buat apa nak membaziaq kan? last sekali dapat kat hotel website sendiri harga lebih murah. Bilik "Junior Suite" ada 1 master bedroom, living room sekali dengan kitchen, bilik tidoq ke2 ada 1 katil bujang dengan 2 bilik ayaq. Lebih kurang macam apartment 2 bilik lah. siap dengan breakfast untuk 3 orang dalam RM230 ja. Kalau travel dengan family better ambik camni. Tapi nak gitau la kan, harga hotel ni berubah-ubah ikut musim. So kalau hangpa tak dapat harga ni jangan lah marak pulak. Silap haribulan, mungkin lagi murah, pun boleh jadi jugak.


Hotel ni tak dak swimming pool tapi dekat shopping mall and walking distance to main attraction macam river cruise, menara tamingsari, muzium kapal. Kat hotel pulak ada kids room. Breakfast kat sini pun not bad. Cafe tempat makan ada open terrace, okay la nak lepak lama sikit.

         

         



River Cruise 


Malam kedua tu, kami sempat jugak merasa naik bot "River Cruise". waktu malam ni sebenaqnya lebih nyaman la kalau nak banding jalan-jalan waktu siang terutama kalau dengan budak-budak. Kita hat tua ni pun kalau jalan-jalan waktu siang jenuh berlengaih ketiak 😆


Dulu akak ni keja resort, naik bot ni memanglah hari-hari. Tapi lama-lama tu rindu jugak nak naik bot. Sepanjang pelayaran,  hangpa boleh tengok lampu-lampu, bangunan-bangunan yang penuh dengan lukisan hasil pelajar universiti.

Kat sini pun kami beli tiket online ja, ni link dia Melakarivercruise



No comments:

Post a Comment