Resepi Pilihan

Monday, December 30, 2019

Tempat Makan Syok kat Ipoh (Food Travel Ipoh)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera u olss....

Perkongsian Makan-Makan best Ipoh ni adalah berdasarkan Citarasa anak tekak kami tau, so kalau Hampa rasa tak best jangan la marah pulak noo.

Kami ni keja Hotel kat Ipoh ni, hotel ni kira di antara yang pioneer la kat Ipoh. Pernah dengaq nama Impiana Hotel Ipoh (dulu Casuarina). Bila kita keja hotel ni memang dah jadi normal untuk orang minta cadangan terutama kat mana nak makan.

Antara tempat makan yang kami kira boleh di pertimbangkan kalau mai area Ipoh ni...

Breakfast

1. Salmah Kopitiam

Breakfast kat Salmah Kopitiam yang kami paling suka, dia punya Kacang Pol. Selain tu, kat sini pun ada laksa johor, roti bakar telur goyang dan banyak lagi lah. 

2. New Hollywood

Sini, kalau hujung minggu sangat crowded. Dulu masa Kuala-mula mai dok Ipoh rajin jugak lah tapi sebab ramai sangat, dah macam malaih nak berebut-rebut. Apa yang kami boleh share, kami paling peberet kat sini, Ching Chong Fan, Ubi & Keladi goreng dengan kueh bakoi. Yang lain-lain tu ada lah Yong tau fu, Telor goyang, macam-macam jenis mee Chinese style. Banyak pilihan lah. Kalau nak pi, better hari keja kot. 

Adoii.. Gambaq pulak dah p delete 🤦‍♀️, Ni ambik kat google (Tripadvisor) ja.


Sumber : Tripadvisor

Lunch

1. Jawa Cafe

Kedai makan ni terletak dalam bangunan YIK FOONG kat lower ground. Menu feveret kami satu family, Nasi Ayam Penyet. Harga pun berpatutan RM7. Setahu kami, depa bukak dari jam 12 tgh - 7mlm. 

Tips, kena p chup tempat duduk dulu, pastu beratoq order. Kena tulis kat kertas kecik kat cashier counter nak order apa. Ayag alpokat depa pun murah. Wajib try na. Tapi kedai ni agak terkepong sikit udara dia, so kalau yang tak tahan panas ala diva-diva tu please take note ya. 



2. The Coffee House @ Impiana Hotel Ipoh

Ni nama dia Set Rendang Tok. Kat Impiana Ipoh ni Rendang Tok adalah antara menu pilihan yang hangpa kena try. Kami promote tempat ni bukan sebab kami keja kat sini tapi memang rendang tok ni sempoi.  Selain menu ni, ada ja pilihan lain yang kira ramai orang suka, macam mee goreng mamak, nasi ayam dan kat sini pun ada Buffet Lunch juga setiap hari, Boleh call ja terus kalau nak tau apa-apa promosi yang tengah depa buat.

Subhanallah, pilihan lauk-lauk memang banyak gila. Cuma harga agak boleh tahan lah. Kalau suka banyak pilihan lauk, memang sinilah. Cuma parking agak area ni agak terhad. Pisang goreng kat sini pun not bad rasa dia. Untuk orang Ipoh, harga makan kat sini agak mahal, tapi kalau orang luar sepeti dari KL, maybe berpatutan.


Makan Malam


Highly recommended tapi Orang memang ramai. Kalau p sebelum maghrib lagi better kot. Lepas mangrib, silap haribulan x dak tempat nak duduk. Antara menu feveret kami, meatball & nachos yang tiap kali p sure repeat order. 



Kedai makan ni memang juai Mee Udang ja. Boleh pilih yang biasa (RM6), Ombak Rindu (RM9) atau Tsunami (RM13) lepaih tu hangpa kena try pisang goreng kat sini, sedap oooo.. Kami suka yang kosong ja. Setengah Orang suka yang cheese bagai tu. Yang ni ikut selera masing-masinglah kan. 

Kedai ni bukak jam 3pm - 8mlm. Cuti Hari Sabtu kalau x salah. Boleh cek kat link tu na. 
Kalau hangpa memang jenis "Big eater" bukan kuat Makan tapi pandai Makan boleh try kat sini. Pilihan bahan pun sesuai dgn harga yang dikenakan. Sorang RM32 untuk buffet Steamboat & Griil kat sini. Boleh dikatakan kami puas hati lah. Setakat ni baru sekali p. Sebab kalau nak Makan camni kena betoi-betoi prepared, baru berbaloi 😁



Kalau nak ikutkan, banyak lagi tempat makan yang kena dengan selera kak norm la, cuma banyak yg dah delete. Kalau kak norm repeat kak norma share lagi. Dari yang ekonomi sampai yang x berapa nak ekonomi.. Tapi selalunya kami cari yang ekonomi lah 😉

Setakat ni dulu perkongsian kali ni. InshaAllah panjang umor murah rezeki, kak norma share lagi. 

Okay selamat malam semua....

No comments:

Post a Comment