Resepi Pilihan

Saturday, June 27, 2020

Pengalaman explorasi Gua Tempurung & Water Tubing @ Gopeng, Perak

Assalamualaikum kawan-kawan,

Baru-baru ni kami p Gua Tempurung dengan member-member satu ofis. Ni kira macam recce trip + nak merasa sendiri. Perancangan yang berlangsung lebih kurang sebulan sebelum hari kejadian, dari lebih kurang 15 orang yang bagi nama, last-last sekali tinggai 8 orang ja. 

Berkumpul di Impiana Hotel Ipoh seawal jam 7.45am, lebih kurang jam 8.15pg kami bertolak ke sana. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sempat lagi singgah pekena roti canai dekat gerai tepi jalan sebelum simpang masuk ke Gua Tempurung. So, kalau hampa nak mai sini, boleh lah stay kat Impiana je boleh lah discover area lain sekali.


Perasaan?? memang la excited. Ni la kali pertama kami (saya) nak merasa masuk gua sampai laluan basah dan gelap. Ni nak habaq, sebelum nak p tu kena lah buat persediaan apa yang patut dulu. Contohnya seperti lampu suloh (headlamp) lebih baik sebab mudah dan tak menganggu pergerakan tangan, kasut getah ye, jangan dok p pakai sport shoes adidas, nike atau apa saja lah 😆 kang jenuh stress kasut rosak lagipun memang tak sesuai lah no, tuala, baju persalinan, beg kalis air (jika perlu) tak pun boleh je minta tolong tour guide tolong simpankan kunci kereta.

Okaylah, selepas dah berkumpul, kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh tour guide kami, nama dia Naim. 


Bermulalah ekplorasi kami, di dalam gua ni terdapat beberapa check point lebih kurang tempat untuk berehat dan menikmati keunikan kejadian alam semula jadi ciptaan Tuhan yang tak terungkap oleh kata-kata (fuh, tetiba ayat... ) tapi memang cantik sungguh. 






Lebih kurang ada 1000 lebih anak tangga jugak la nak kena menapak ni. Bila time nak turun ke bawah keadaan gua lebih gelap, ni la masa nak pakai lampu tadi tu. Mak oiii... gelap sungguh. Part yang aku paling tak leh nak cerita betapa takut dan ngeri masa nak kena turun slide atas tanah dalam gua ni, memang x leh nak step by step na.. aduh menjerit satu gua rasanya. (buat malu kat member lain ja) depa yang lain relaks ja, aku yang teruk kecut perut. Rupa bukan satu, ada 2 cek oiii.... nak patah balik memang dah boleh dah. Redha dan tawakkal je lah. Nak cerita lebih-lebih memang x tercerita. Perasaan, pengalaman semua Orang x sama sebab masing-masing ada tahap kekuatan tersendiri dari segi fizikal dan mental. Kat sini memang kita yang x brapa kuat sangat mental tu, mengharapkan semangat kawan-kawan dan juga untuk membantu selain panduan yang tour guide bagi. Alhamdulillah geng kami ni sangat penyabar dan prihatin, rasa beranilah sikit. 

Masa yang paling syok, bila kena merentas ayaq sungai dalam gua ni, sejukkk pastu teringat zaman dok main ayag parit 😂. Ada laluan sempit pun ada gak siap kena buat commando crawl la u ols. Ada member siap bergolek-golek. Tapi memang sempoi abih lah. Bila dah lepas semua halangan tu, Ya Allah puas sangat. 

Sebelum sambung baca, boleh layan video ni dulu ye....


Bila sampai tempat best ja, tour guide bagi kami relaks dulu ambik nafas. Lebih kurang utk complete untuk stage 3 ni dalam 2 jam lebih lah. Bergantung kepada kelajuan. Kalau banyak selfie confirm lama lagi la. Kata Naim, kalau stage 4 boleh mengambil masa sampai 3-4 jam 😁. 

Pakej yang kami ambik, siap ada makan tengahari. Sempoi pulak tu, macam masakan mak kat rumah. Ada sambal Belacan, tempoyak, ikan masin, sayoq lemak dan ayam goreng. (rindu arwah mak 😢). 

Selepas perut dah kenyang, kami pakat naik lori pulak. Oh ya, lupa nak habaq, kat sini ada disediakan tandas, bilik mandi dan Surau. Naik Lori ni pun satu pengalaman jugak u ols. Lebih kurang dalam 15 - 20 min jugak rasanya. Kami nak p tempat aktiviti water tubing.

Okay, bermula lah lagi satu pengalaman yang tak akan dilupakan. Takut memang lah takut, dah la x pandai berenang walaupun pakai jaket keselamatan, perasaan takut tu tetap ada cek oii..

Mula-mula seperti biasa, taklimat keselamatan (dos and don'ts). Kali ni ada 2 guide yang akan memantau aktiviti kami. Sangat menarik aktiviti ni. Rasanya semua beginner elok buat yang ni dulu sebelum yang lebih ekstrem.

Ya Allah, boleh pulak aku terbalik, apa lagi minum ayaq sungai la jawabnya. Kali ke dua, entah macam mana buleh pulak terlepas pelampung kat tempat ayaq deras pulak tu.. Panik masa tu, Allah saja yang tahu. Dalam hati memang dok pikiaq apa patut aku buat. Mujoq ada salah sorang geng kami patah balik & tolong aku. Tapi dalam hati tetap 50 : 50. Syukur nothing happen.


Overall memang best sangat. Yang penting kena kuat semangat, yakin diri, yakin dengan kawan-kawan dan percaya pada guide. 

Sempat lah berkubang dalam sungai yang sejuk gila... Ramai juga Orang datang berkelah, berkhemah kat sini. Dah puas berkubang, kami naik Lori balik ke gua tempurung untuk balik ke Hotel semua. 

Tak habis kat situ, sempat lagi singgah tepi jalan makan durian. 😁

InshaAllah, ada rezeki dan peluang di masa akan datang, nak buat water akitiviti lain pulak.

Terima kasih di atas pengalaman yang cukup menarik ni.

Sekian buat kali ini.



4 comments:

  1. Wuuu bestt nyaa. Tak sabar laa nak pergiii. Kak norm yang mana satu. Yang comel n segak tu ka hat tdung pink gituuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂 Ye abee khai, memang best giler. Thanks for reading ye.

      Delete