بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Segala puji bagi Allah yg Maha Kuasa.
Camana nak mula pun tak tau.. Hahaha.. Ish gelak pulak dia. Okay camni lah. Aku ada sebuah skuter Sym, GTS 200 lebih kurang dah 7 tahun pakai. Beli dulu pun 2nd hand ja.
Skuter ni dulu dok jadi transport ulang alik aku dari Bertam masuk Penang Island. Selang seli dengan keta. Maklum lah, jem kat seberang perai ke Penang tiap hari isnin dengan hari Jumaat tu memang lain macam sikit. Sepanjang aku berpindah randah tempat kerja, encik suami lah yg jaga moto ni. Bila last year en suami kerja di KL, skuter ni tauke workshop moto tolong jagakan kebetulan ada kena repair sikit. So, biarlah dia pakai sebab moto ni kalau tak guna pun boleh rosak kan?.
Bila dah balik cuti PKP ni, aku pun ambik balik. Cadang mula macam nk juai ja, tapi sure harga rendah. Bila pikiaq balik, cam sayang pulak. Baik pakai ja lah.
So, decided nak bawak balik skuter ni ke Ipoh. Tarikh 26 Jun 2020, Jumaat, Aku bertolak dari bertam jam lebih kurang 6.30ptg. Suami dan anak naik kereta. Mula memang nk gerak awal sebab fikirkan lebih baik sampai sebelum waktu gelap. Maklum lah, yg pertama moto dah lama tak jalan jauh, solo rider pulak tu, pompuan lagi dan aku pun first time nak bawak ride keluar dari negeri. Skuter ni pun tak sure betul betul dah OK ke keadaan dia.
Aku bawak dalam speed between 90 - 110 km/h. So nk try la bagi reach 120km/h. Lepas R&R semanggoi, Bukit merah aku speed sikit elok ngam 120, minyak drop. Dalam hati, Ya Allah apa dah jadi ni. Masa tu memang kat lane emergency. Mujoq moto pun tak panik, aku pun tak panik, So aku pun slowly berhenti kat tepi highway. Enjin masih hidup, masa nak berhenti pun jenuh pikiaq selamat ka dak tak tau nak stop bukan tempat stop. But other choice kan, tawakkal ja lah. Bila dah stop, teruih capai phone call husband bagi tau dia dan minta no phone tauke workshop tu. Masa ni, husband baru masuk tol juru. Dah bila nak call, line phone pulak tak dak coverage.. Subhanallah, dugaan sungguh. Dok sat baru OK. Tapi tak dapat juga call. Sempat la text seorang sahabat yg memang kaki motor, nk tanya kot dia tau punca. Katanya, "belting putuih tu" aku mmg blur katak la.. Tau bawak ja.. Haih.. Tak sampai 10 minit ada seorang Hamba Allah dtg tanya, "Motor rosak ka? " aku pun dgn konfiden nya jawab.. " tak tau lah tapi rasanya belting putuih kot" walhal haram tak tau apa. Kebetulan dia pun pakai SYM and ada group wassap, pastu dia dok call and tanya kat SYM group wasap. Boleh nampak kesungguhan dia nak bantu aku yg memang mati akai sat. Masa ni dah 7.34pm. Aku dalam dok panik, sempat lagi selfie 😅. Nama brother ni pun tak tanya lagi.. Teruk betoi lah aku ni.. Haihhh
Last skali, dia offer tolak dengan kaki, aku yg memang tak pernah ada pengalaman ni, OK kan ja. Subhanallah, betul lah duit x boleh beli pengalaman, kena lalui sendiri, baru tau. Ngeri sebenaqnya, nak balance moto dan nak balance Laluan tepi or tengah. Dup dap dup dap jugak. Brother ni towing kaki sampai tol kamunting. Kebetulan dia pun nak balik ipoh. Sampai sana baru fikiaq balik solution, nak tow balik Ipoh atau camana. Hari memang dah gelap. Kedai moto time ni memang dh tutup. Budak-budak plus pun bagitau kedai dah tutup.
Pilihan yg ada masa ni:
1. Towing charge RM250 boleh nego
2. Ada satu brother dari group sym yg boleh tukar kan belting, masa call ni, dia masih di Ipoh. Kalau sanggup tunggu, dia akan balik taiping sebab rumah kat taiping. Caj RM180. Actually my fren kata buat belting kos dalam RM70 - 80 ja.
Lepas call suami, we agreed untuk tukaq ja. So aku pun lepak lah kat tol kamunting dengan brother yg tolong aku tu. Rasa serba salah sangat sebab dia tolong teman kan lagi. Ya la, aku ni pompuan kot, sorang sorang. Hanya Allah sahaja yg mampu membalas kebaikan nya. Time ni baru boleh berkenalan dan bersembang, tadi tepi highway, memang ngeri sup sap sup sap keta, lori lalu, bergegaq rasa jantung dok tepi highway tu... 😅
Bila suami dah sampai, kami p kedai nak minum dulu sementara menunggu Abang Din tu sampai, brother ni (Yusnan), nama panggilan Nan ja. Ni baru tau nama dan dia pun pun tak pernah jumpa abg din lagi. Lebih kurang hampir kol 10 mlm Abd Din sampai. Nan pun gerak dulu, nak p ambik durian kat Bukit gantang katanya.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 1130mlm baru siap. Abg Din bukan mekanik tapi minat dia agaknya, lagi pun dia pun pakai SYM so good utk ambik tau.
Lepas dia test ride sikit, dia advise la beberapa benda nak kena buat lagi lepas ni. For now tak boleh bawak lebih dari 100km/h. Kami pun sambung perjalanan, perut pun lapaq, so singgah makan kat area Simpang, Taiping. Dalam masa yg sama suami dok communicate dgn kawan dia (Dino) yang duduk kat Ipoh. Tak sangka pulak dia mai sampai Changkat Jering. Lepas Makan, aku pun swap dengan husband, lagipun malam aku phobia sikit tambah-tambah aku pun dah rasa mengantuk ni.
So, aku continue driving, en suami ride konvoi dgn kawan dia sampai Ipoh. Lebih kurang kol 1 lebih sampai rumah ke-2.
Alhamdulillah, aku bersyukur dgn dugaan ni. Allah masih bagi aku kesempatan untuk menikmati dunia ini. Antara hikmah yg aku dapat:
1. Kenal seorang kawan baru yg baik dan sangat humble
2. Dapat join SYM wassap group utk rescue team. Ahli satu Malaysia in case emergency utk Dapatkan reference.
3. Ramai rupanya kawan-kawan yang peduli dan mendoakan keselamatan aku.
4. Kenal lagi satu sahabat yg sanggup datang untuk pasti kan semua OK. Harini, dia bawak motor aku ke workshop kat Ipoh ni, berdekatan dengan Kilang Carsem.
5. Pengalaman yg tidak dpt di beli dengan duit dan tak mampu nak ceritakan dengan kata kata.
Antara punca belting putus :
1. Moto lama tak jalan
2. Ride Laju sangat
3. Jangka hayat dah tamat tempoh. Yg ni tak dapat nak jawab, berapa lama
4. Kadang belt elok tapi piring kat dalam tu dah tak okay, so dia boleh jadi punca geseran
Moral of the story dan pesanan sahabat aku, Kalau nk ride, not after 7pm especially bila sorang atau less than 3 Orang.
Tips dari Abang Din untuk penjagaan motor
Notes:
1. Guna minyak hitam brand Motul hijau 3100 - boleh guna smp 5000km - nak tau original ke tak, belakang botoi ada 3 Bhs, English, jepun, satu lagi aku x ingat.
2. Tukaq minyak gear skali Guna yg SAE 85
3. Minyak enjin guna yang 10w 40
4. Setiap kali tukaq minyak enjin, tolong Servis CVT juga.
Last sekali, kata dia beli je simpan belting dalam moto incase terjadi macam ni, kadang ada ja rider yang boleh tukar kan.
Ni no telefon dia, kot ada penunggang Sym yang nak join group Abg Din Zainal 0125374419
Okay lah.. Setakat ni ja pengalaman sendiri..
Jaga diri ya.. #kitajagakita
Assalamualaikum... Yang baik itu dari Allah yang kurang tu atas kelemahan diri sendiri.
Huyo... mmg detail cerita dia... :D
ReplyDeleteHehehe.. Ye ke.. Tara ni ja mampu.. ☺️ Buleh la kot
Deletemoral of the story tu mmg penting...hi Normah
ReplyDeletetak tau pulak cik Normah kita ada blog...
Deletehehehe... betul tu kak.
DeleteBlog ni terhasil pun selepas saya accident 5 tahun dulu. Lepas tu tenggelam timbul. Inshaallah lepas ni boleh terus menulis... semoga diberikan ilham yang berterusan
Delete