Resepi Pilihan

Friday, October 15, 2021

Apakah Ubat dan Racun Kepada Penyakit Kanser

Bismillahirrohmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak menulis selepas entry yg lepas Aku dan Leukemia . Entah kenapa, hari ini aku terpanggil pula untuk berkongsi apa yg aku rasa. Pada masa datang nya mood untuk berkongsi,  dua ibu jari tanpa teragak-agak mula menekan keypad handphone ini. Aku sudah 6 hari berada di wad Hemato untuk menjalani rawatan Leukemia bagi cycle yg ke - 5. Diam tak diam dah nak masuk 5 bulan aku keluar masuk wad since 21 May 2021. Cepat sungguh masa berlalu. 

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan izin Allah SWT, aku masih diberi nafas utk terus menikmati kehidupan di dunia yg fana ini.

Apa sesuatu yg memanggil manggil utk aku menulis pada kali ini. Mungkin atas rasa kesal, kecewa dengan keadaan fighter yg give up untuk terus berusaha kembali sihat. Padahal, ada byk lagi kisah lain seperti cabaran, pengalaman, kesan sampingan yg ingin aku kongsikan sepanjang tempoh rawatan aku. Tapi Tak pe, InshaAllah, jika diizinkan Tuhan, satu hari nanti ye.

nota foto: antara rawatan tertawal, banyak betoi ubat ubatan nya 😅

Aku masih Ingat dari mula aku disahkan mendapat Leukemia sehingga ke hari ini, orang-orang disekeliling aku tanpa henti memberi kata kata semangat untuk aku kuat dan terus kuat. Bermacam-macam doa juga dikongsikan utk diamalkan. Tak kurang juga yg berkongsi video-video berkaitan kanser, pemakanan dan byk lagi. Apa yg boleh aku ringkaskan semuanya berbalik kepada to set a positive mindset. Redha, usaha, tawakkal. Dan aku masih Ingat pesanan salah seorang kawan yg bekerja di hospital luar memberitahu yg semangat diri yg kuat boleh membantu di dalam memerangi kanser. Beberapa bulan ini aku sendiri menyaksikan kenyataan ini. Ada fighter yang sebelumnya nampak sangat teruk ada yg tak mampu untuk bangun dari katil tapi selepas beberapa kali keluar masuk dah boleh berjalan. Ada yg sihat tubuh badan, after a while tak boleh berjalan. Ada juga beberapa orang yang tewas. Betul ajal maut adalah ketentuan Ilahi. Tapi aku sendiri dpt lihat perbezaan yg ingin terus berusaha membantu diri sendiri utk kembali sihat dan yang dari awal sudah berputus asa di atas ujian yg Allah turun kan ini. 

Aku yg juga salah sorang fighter tumpang bersedih kerana mereka tidak dpt mengawal EMOSI kecewa yg memberikan kesan buruk pada diri sendiri semasa di dalam rawatan. Aku juga terkadang koyak tapi aku cepat cepat berpatah balik. Its okay to cry tapi jangan terlalu lama. 

Aku sgt kagum dgn tugas nurses tak jemu siang malam membantu pesakit pesakit di dalam wad, bukan sekadar menyediakan ubat, mereka juga mengemas katil, memandikan sehingga lah mencuci alat sulit pesakit yg tak mampu utk bangun. Pada masa yg sama aku turut bersimpati apabila pesakit sendiri tidak mahu membantu diri sendiri dan membiarkan 100% kepada nurses sampaikan nk buang air besar pun ta bgtau. Allahurobbi, semoga Allah merahmati semua nurses yg tak pernah lelah dan jemu membantu pesakit utk kembali berdiri di atas kaki sendiri. 

nota foto: opah antara orang yg buat aku teruja dan terinpirasi dgn ketenangan dan keceriannya. Dan beliau antara pesakit yg paling berusia. Semangat beliau tiada tolok banding. 

Ada kes, fighter berputus asa kerana hilang kawan, ada juga kes baru kawin tetapi diceraikan setelah isteri mendapat kanser. Allahuakbar, kadang ujian datang bertimpa timpa, tapi kita kena belajar untuk redha. yakinlah bahawa  setiap dugaan itu  Allah hadirkan Pelangi. Berdamai dengan takdir Allah swt.  🥰

Mempunyai Circle yang positif juga dapat membantu untuk seseorang kekal bersemangat. Aku pernah terdengar kenyataan ini, orang disekeliling perlu lebih kuat dari pesakit itu sendiri supaya mereka dapat memberikan sokongan yg berterusan. 

Apa yg aku pelajari di sini, aku tahu bukan senang tapi paling utama, kita perlu asingkan masalah yg Membuatkan Kita terasa sangat sangat down semasa di dalam rawatan. Rasanya kalau bukan sakit pun, rasa down yg tidak di kawal boleh mengakibatkan penyakit lain seperti stress dan depression. Cuba sedaya upaya utk melepaskan semua masalah yg mengganggu fikiran dan fikirkan utk kesihatan diri terlebih dahulu. Carilah sebab untuk terus fight, untuk terus membantu diri sendiri. Tak kira lah, demi anak anak, demi pasangan, paling tidak untuk diri sendiri. Selain memperkuatkan semangat diri, adalah penting utk mengikut pantang larang pemakanan yg di saran kan oleh doktor yg merawat. 

Di sini aku Kongsikan video Dr Noordin Darus yg juga merupakan 2 kali cancer survival. Apa Nak Buat Kalau Anda didahkan kena KANSER!

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi kesedaran untuk kita sentiasa berfikiran positif, redha dengan ujian Allah dan buang perkara perkara negatif yg boleh mengganggu EMOSI. Paling penting nikmati hari hari yg ada kerana semua ini hanya lah pinjaman buat kita.

15 Oktober 2021, Jumaat

No comments:

Post a Comment