Resepi Pilihan

Friday, October 15, 2021

Apakah Ubat dan Racun Kepada Penyakit Kanser

Bismillahirrohmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak menulis selepas entry yg lepas Aku dan Leukemia . Entah kenapa, hari ini aku terpanggil pula untuk berkongsi apa yg aku rasa. Pada masa datang nya mood untuk berkongsi,  dua ibu jari tanpa teragak-agak mula menekan keypad handphone ini. Aku sudah 6 hari berada di wad Hemato untuk menjalani rawatan Leukemia bagi cycle yg ke - 5. Diam tak diam dah nak masuk 5 bulan aku keluar masuk wad since 21 May 2021. Cepat sungguh masa berlalu. 

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan izin Allah SWT, aku masih diberi nafas utk terus menikmati kehidupan di dunia yg fana ini.

Apa sesuatu yg memanggil manggil utk aku menulis pada kali ini. Mungkin atas rasa kesal, kecewa dengan keadaan fighter yg give up untuk terus berusaha kembali sihat. Padahal, ada byk lagi kisah lain seperti cabaran, pengalaman, kesan sampingan yg ingin aku kongsikan sepanjang tempoh rawatan aku. Tapi Tak pe, InshaAllah, jika diizinkan Tuhan, satu hari nanti ye.

nota foto: antara rawatan tertawal, banyak betoi ubat ubatan nya ๐Ÿ˜…

Aku masih Ingat dari mula aku disahkan mendapat Leukemia sehingga ke hari ini, orang-orang disekeliling aku tanpa henti memberi kata kata semangat untuk aku kuat dan terus kuat. Bermacam-macam doa juga dikongsikan utk diamalkan. Tak kurang juga yg berkongsi video-video berkaitan kanser, pemakanan dan byk lagi. Apa yg boleh aku ringkaskan semuanya berbalik kepada to set a positive mindset. Redha, usaha, tawakkal. Dan aku masih Ingat pesanan salah seorang kawan yg bekerja di hospital luar memberitahu yg semangat diri yg kuat boleh membantu di dalam memerangi kanser. Beberapa bulan ini aku sendiri menyaksikan kenyataan ini. Ada fighter yang sebelumnya nampak sangat teruk ada yg tak mampu untuk bangun dari katil tapi selepas beberapa kali keluar masuk dah boleh berjalan. Ada yg sihat tubuh badan, after a while tak boleh berjalan. Ada juga beberapa orang yang tewas. Betul ajal maut adalah ketentuan Ilahi. Tapi aku sendiri dpt lihat perbezaan yg ingin terus berusaha membantu diri sendiri utk kembali sihat dan yang dari awal sudah berputus asa di atas ujian yg Allah turun kan ini. 

Aku yg juga salah sorang fighter tumpang bersedih kerana mereka tidak dpt mengawal EMOSI kecewa yg memberikan kesan buruk pada diri sendiri semasa di dalam rawatan. Aku juga terkadang koyak tapi aku cepat cepat berpatah balik. Its okay to cry tapi jangan terlalu lama. 

Aku sgt kagum dgn tugas nurses tak jemu siang malam membantu pesakit pesakit di dalam wad, bukan sekadar menyediakan ubat, mereka juga mengemas katil, memandikan sehingga lah mencuci alat sulit pesakit yg tak mampu utk bangun. Pada masa yg sama aku turut bersimpati apabila pesakit sendiri tidak mahu membantu diri sendiri dan membiarkan 100% kepada nurses sampaikan nk buang air besar pun ta bgtau. Allahurobbi, semoga Allah merahmati semua nurses yg tak pernah lelah dan jemu membantu pesakit utk kembali berdiri di atas kaki sendiri. 

nota foto: opah antara orang yg buat aku teruja dan terinpirasi dgn ketenangan dan keceriannya. Dan beliau antara pesakit yg paling berusia. Semangat beliau tiada tolok banding. 

Ada kes, fighter berputus asa kerana hilang kawan, ada juga kes baru kawin tetapi diceraikan setelah isteri mendapat kanser. Allahuakbar, kadang ujian datang bertimpa timpa, tapi kita kena belajar untuk redha. yakinlah bahawa  setiap dugaan itu  Allah hadirkan Pelangi. Berdamai dengan takdir Allah swt.  ๐Ÿฅฐ

Mempunyai Circle yang positif juga dapat membantu untuk seseorang kekal bersemangat. Aku pernah terdengar kenyataan ini, orang disekeliling perlu lebih kuat dari pesakit itu sendiri supaya mereka dapat memberikan sokongan yg berterusan. 

Apa yg aku pelajari di sini, aku tahu bukan senang tapi paling utama, kita perlu asingkan masalah yg Membuatkan Kita terasa sangat sangat down semasa di dalam rawatan. Rasanya kalau bukan sakit pun, rasa down yg tidak di kawal boleh mengakibatkan penyakit lain seperti stress dan depression. Cuba sedaya upaya utk melepaskan semua masalah yg mengganggu fikiran dan fikirkan utk kesihatan diri terlebih dahulu. Carilah sebab untuk terus fight, untuk terus membantu diri sendiri. Tak kira lah, demi anak anak, demi pasangan, paling tidak untuk diri sendiri. Selain memperkuatkan semangat diri, adalah penting utk mengikut pantang larang pemakanan yg di saran kan oleh doktor yg merawat. 

Di sini aku Kongsikan video Dr Noordin Darus yg juga merupakan 2 kali cancer survival. Apa Nak Buat Kalau Anda didahkan kena KANSER!

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi kesedaran untuk kita sentiasa berfikiran positif, redha dengan ujian Allah dan buang perkara perkara negatif yg boleh mengganggu EMOSI. Paling penting nikmati hari hari yg ada kerana semua ini hanya lah pinjaman buat kita.

15 Oktober 2021, Jumaat

Wednesday, May 26, 2021

Aku dan Acute Myeloid Leukemia


ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…


ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…


21 May 2021, Jumaat

Hari ini aku di pindah kan dari Hospital Pantai ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Kononnya nak pergi sendiri, sementara sibuk nak buat deposit pihak Pantai menghubungi aku memaklumkan yg aku tidak dibenarkan utk pergi sendiri. Pihak Pantai telah mengaturkan ambulan. Ini adalah kerana platelet aku masih di tahap rendah iaitu 30.

Merasalah di tolak naik ke ambulan, ini adalah kali ke 3 naik ambulan, yg pertama masa nk bersalin, ke 2 semasa kemalangan Jalan raya. 


Apabila sampai di hospital terus di tolak ke bahagian Kecemasan. Proses temubual pun bermula. Sebelum tu satu pesanan aku, sekiranya korang hendak di pindah kan dari satu hospital ke hospital yg lain, tolong pastikan urusan maklumat telah di salurkankan sepatutnya. Untuk aku yg di bawa dengan ambulan hospital pun, doktor masih bertanya, ada buat arrangement ke? Aku sebagai pesakit menganggapkan yg urusan tersebut telah di buat oleh pihak hospital. Cuma kita perlu ambil tahu dan bertanya, kepada siapa urusan itu dibua agar urusan lebih lancar. 

Keadaan di hospital yg sememangnya sentiasa ramai pesakit. Setelah beberapa ujian asas dilakukan, sample darah juga di ambil, aku di hantar ke wad lain utk swab test. Swab test kali ni berbeza dari yg sebelumnya, sample di ambil melalui hidung dan mulut. Keputusan juga akan di terima lebih kurang dlm tempoh 24 jam. 

Aku seterusnya dipindahkan ke wad sementara (wad utk pesakit yg belum dpt keputusan swab). Tinggal di sini 1 malam. Nurse nurse kat sini menggunakan pakaian mengikut SOP covid. 

Alhamdulillah ternyata petugas petugas di hospital kerajaan sangat lah baik from nurses to doctors. 

22 May 2021, Sabtu

Hari ni, aku menjalankan CT scan sebab tetiba dahi naik ketulan seperti bisul yg bengkaknya dah sampai ke pipi dan mata. 

Result menunjukkan x de apa apa. Yg paling x tahan adalah apabila nk kena ambik darah. Hat ni paling menakutkan sebab urat aku semua pun kecut perut habis jadi halus, bila halus susah lah nk cari urat๐Ÿ˜…. 

Setelah result swab test negative, aku akan berpindah ke wad yg sepatutnya. So Jom kita tukar wad dulu. Alhamdulillah nurses kat sini sgt membantu. A few doctors pun dtg tengok kan dahi aku yg misteri sangat ni. But still x jumpa punca. 

Okay kita dh bertukar ke wad Hematologi. Ya Allah rupanya ada ramai sahabat si sini yang turut mengalami masalah kanser yg berbeza jenis dan tahap. Mereka semua kelihatan seperti aku, nampak sihat dan ceria. Ada yg berumur semuda 26 tahun. MashaAllah, melihat kan keadaan ini, aku merasa yg ujian Allah kepadaku tidaklah seberat mereka. 

Apa itu Acute Myeloid Leukemia? 

Okay lah, tak yah lah cerita my routine nanti boring pulak story ni. Lambat pulak story ni nk keluar kan? ๐Ÿ˜‚ Yang pasti setiap pagi memang jarum ambik darah akan say hello to me, sometimes more than once a day. 

OK, now akak nk cerita what is Acute Myeloid Leukemia, korang mesti slalu dengar perkataan yg paling General adalah Leukemia kan atau kanser darah? Tapi sebelum tu nak habaq lah,  apa yg akak kongsi ni adalah based on my fahaman ye. Of coz u gais need to check dgn doctor yg bertauliah.

Leukemia adalah merupakan sejenis kanser darah yg mana darah putih adalah lebih byk dari darah merah and there are 4 types of Leukemia. Kanser yg berlaku dari dari Kilang darah itu sendiri. Untuk lebih lanjut hampa boleh baca kat sini jenis Jenis leukemia 

For my case, akak disahkan mengidap Acute Myeloid Leukemia atau singkat a nya AML, kalau ada yg rasa nak tau apa ke benda ni boleh baca sini sebab ini lah yg juga dimaklumkan oleh Doktor Pakar Hemotoly yg merawat akak di Hospital Raja Permaisuri Bainun Acute Myeloid LEUKEMIA (AML) 

Apa yg doktor maklum kan, AML adalah jenis kanser yg super aktif berbanding kanser kanser lain dan memerlukan rawatan segera. Penyakit ini boleh di diagnose dalam tempoh yg pendek, maksudnya, seorang yg sihat atau tiap bulan buat blood test pun kadang boleh di diagnosed penyakit ini kerana kadang dia boleh terjadi dalam di dalam tempoh kurang dari sebulan. 

Rawatan yg dicadangkan adalah Chemotherapy yg memerlukan beberapa cycle. Yg pertama dipanggil Induction cycle dan seterusnya adalah beberapa cycle of Consolidation cycle dan yang terakhir adalah Stem Cell transplant. Stem cell ni biasanya boleh didapati dari adik beradik (siblings), meaning chances to get a match stem cell is higher dan test boleh dilakukan secara PERCUMA oleh pihak hospital. Sekiranya ada orang lain yg ingin menderma, cost utk check je lebih kurang RM1000. Tapi dimaklumlan juga yang tidak semestinya adik beradik pun boleh dapat yg match. Ada cases yg match tapi adik beradik tak nak dermakan... Sedih juga bila dengar kan kisah macam ni. 

Menurut Doktor yg merawat aku, chemo akan membunuh semua sel baik dan jahat dan badan secara automatic akan menjadi lebih mudah terdedah kepada sebarang infection dan menjadi sangat sensitif kerana tidak ada protection atau immune system telah menjadi sangat rendah dan lemah. Dan yg paling penting yang ditekankan oleh doktor utk pesakit ini adalah kebersihan dari segi tempat tinggal, makanan yang di masak hendaklah di masak sepenuhnya. Pilihan pemakanan juga perlu diberi perhatian, apa yg boleh dan tidak. Risiko kepada pesakit ini bukanlah rawatan chemo tetapi jangkitan-jangkitan lain yang akan lebih mengancam nyawa pesakit. 

Satu pesan doktor yang aku ingat, apa sekali pun kena kuat jgn dok tanya 'why me, why me?' our job adalah utk berusaha semuanya dengan izin yg Maha Kuasa. 

Benda yg paling sensitif yg aku alami sepanjang lebih kurang seminggu di hospital adalah apabila aku demam, automatik darah di ambil, x-ray juga akan dilakukan Selain diberi ubat agar demam hilang. Ini menunjukkan yg kalau boleh tidak sedikit pun boleh membiarkan perubahan kepada tahap kesihatan kerana takut terjadi nya jangkitan lain pula pada tubuh pesakit. To be specific how serious it is, kalau ada rasa gatal gatal ke, sakit kepala ke, muntah, cirit ke or even tempat jarum dah rasa sakit atau merah perlu memaklumkan kepada nurse atau doctor. Anything at all. 

Pusingan rawatan juga dijangkakan akan berlangsung selama lebih kurang 6 bulan untuk memastikan sel abnormal dapat di hapuskan sepenuhnya dan Kilang darah boleh mengeluarkan darah yg baik. 

Ni lah portable x-ray digunakan semasa aku tetiba demam. Bila dibuka dah macam transformer ๐Ÿ˜…
Bukan itu sahaja, jumlah air yg di minum, berapa kali buang air kecil, berapa kali huang air besar, suhu badan, tekanan darah akan di tanya dan diambil secara berskala. Even jarum masuk air pun kalau dh mula rasa sakit perlu di cabut dan tukar tempat kerana boleh mengakibatkan demam. Darah akan diambil seawal antara jam 4-5pagi setiap hari utk di pantau. Tapi alhamdulillah, rezeki kot, doktor yg setiap pagi ambik darah aku ni pandai mencari urat, walau dh berkali kali, kesakitan itu sgt minima. 


Tapi tak pa, sebagai pesakit kita kena usaha kan? , doktor dan nurses pula menjalankan apa yg termampu. Selebihnya kita doa agar Allah permudahkan. 

Bagaimana di diagnose AML
Bila dah sakit kepala teruk baru la nk gi klinik kan? Sambil tu aku tunjuk bintik merah yg naik di kaki dan tangan. Doctor terus suggest buat blood test. 17 Mei aku p la buat blood test, apabila result keluar, doctor terus call and ask me to go to hospital to admit terus. Aku pun mcm kenapa?? Rupanya keputusan menunjukkan platelet aku cuma 10 dan darah putih pula tinggi. Utk normal people platelet yg sepatutnya adalah 150 - 400.

Bila di hospital, Aku di kehendaki menjalani satu lagi ujian yg akan memberikan 99% ketepatan iaitu bone marrow atau mengambil air dan sel dari sum sum. Keputusan dari ujian ini lah yg menunjukkan jenis kanser dan lain lain info untuk membantu pihak pakar perubatan hematology memilih kaedah rawatan yang sepatutnya. 

Kalau korang dengar tentang pelbagai kesan dari kaedah ini, seperti contoh boleh lumpuh dan sebagainya itu adalah tidak benar. Komplikasi yg mungkin berlaku adalah pendarahan semasa proses dilakukan. Akak nasihat kan  adalah lebih baik bertanya kepada pakar. Air tulang sum sum boleh di ambil berkali kali kerana seperti yg akak pernah cakap, kita adalah kejadian Tuhan yg cukup istimewa di mana tulang itu akan kembali sembuh. 

Utk pesakit AML bone marrow akan berlaku setiap kali Pusingan rawatan untuk melihat perkembangan rawatan. 

Apakah perasan akak?? 

Tipulah kalau tak takut kan? Tapi satu benda kita kena Ingat, yakin lah pada Allah, pada diri sendiri dan pada orang yg merawat kita. Sakit tu akan rasa jugak lah, kena gigit semut pun sakit kan?? 

Alhamdulillah selepas beberapa jam baring dah boleh bangun dan berjalan seperti biasa cuma sengal sengal tu tetap ada lah utk beberapa hari la kot. 

Akak dah buat 2 kali, satu di hospital Pantai  pada 18 Mei 21 (kanan) dan satu di HRPB pada 24 Mei 21 (kiri). 

Boleh baca di sini utk tahu lebih lanjut tentang bone marrow What is Bone Marrow

Simptom yang terjadi pada aku 

1. Haid yg melebihi dari biasa (since Feb 2021)
2. Timbulnya bintik bintik kemerahan (seperti orang denggi) 
3. Sakit kepala yg teramat sangat (mcm nak pecah, mkn ubat pun x jadi apa) 
4. Gusi berdarah (Sebulan jugak) 
5. Cepat Keletihan (lebih kurang 1 bulan) 

Pesanan aku kepada sesiapa yg baca ni, sekiranya berlaku sebarang perubahan pada diri korang, even any small signal, tolong cepat pergi cek ye. Ambil iktibar keadaan aku yg selalu merasakan aku OK. Allah Jadikan tubuh kita ni sgt istimewa kerana dia sentiasa memberi tahu bila masa kita perlu rehat, dan perubahan lain yang selalunya kita tidak ambil peduli dan memandang ringan. 

Aku sendiri pun baru nk  p klinik apabila sakit kepala yg menyerang tu mmg dah tak tertanggung dah itupun selepas lebih 2-3 minggu dok tahan.  Bila tunjuk doktor merah merah di badan, terus dia suggest utk buat blood test and guess what, result platelet darah aku cuma 10 di mana sorang yg normal mempunyai 150-400. Pada masa yg sama aku sudah pun mengalami gusi berdarah lebih Sebulan. Hat ni nk explain lebih aku pun belum cukup ilmu. Dari keputusan ini, doktor terus paksa aku utk ke hospital, dia kata aku kena admit hospital ASAP, dia bagi surat rujukan. 

Pengalaman di Hospital

There is always a first time kan?? Sama lah dengan aku, kali ini semua nya begitu baru (newbie). Mendapat kawan kawan baru yg semuanya mempunyai permasalahan dengan darah. Ada yg Leukemia jenis lain, Lymphoma  dan sebagainya. Ada yg baru diagnose dan ada yg dah lama di sini. Dari umur 26 tahun sehingga lah ke 73 tahun. MashaAllah, melihat kan mereka membuat aku lebih kuat utk berusaha, berdoa dan tawakkal. 

Rupanya penyakit kanser kini sudah menjadi seperti penyakit biasa yg lain seperti contoh sakit jantung, darah tinggi etc.

Satu lagi, persepi orang terhadap hospital kerajaan selalu related to the service la nurses yg garang la.. Tapi semua dakwaan tu meleset sama sekali. Alhamdulillah seminggu aku kat sini, layanan doctors dan nurses sgt baik. Mereka semua sangat membantu. Kalau dulu orang selalu kata kakitangan kerajaan ni kerja senang kan, tidak utk mereka di wad ni.. Masyaallah ada doctor yg ada di wad seawal 4pagi dan pulang selewat jam 10 mlm. Ya Allah non-stop aku tengok dia ke sana ke sini. Nurse yang keje malam pun tak brenti buat keja prepare itu ini. Tidaklah time covid je mereka super busy dan keletihan, yang di sini rasanya sepanjang tahun super busy kerana setiap hari kot pesakit keluar masuk dah tu semua memerlukan pemerhatian yg intensif. Tabik hormat aku pada mereka yg bertugas di sini. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memudahkan segala usaha dan urusan mereka. 

Ni foto aku di tolak balik dari wad plastik surgeri selepas proses mengambil sel di dahi. Alhamdulillah 1 jahitan je.. Lepas ni adalah line Sally Porter ๐Ÿ˜… (25 Mei 2021)

tu lah doktor yg ada kat wad sebelum subuh balik selepas isyak...(foto atas) 
Depa dok bincang pasai patients (foto bawah) 

Mengenali Sahabat Baru
Apabila kita kata ada hikmah disebalik suatu kejadian, ini lah juga hikmah untuk aku. Di sini, aku dpt mengenali sahabat baru dari pelbagai latar belakang yg juga mempunyai ujian yang seangkatan dan yang berkaitan darah. Mengenali mereka, mendengar perjalanan kisah mereka, mendengarkan  pengalaman mereka sedikit sebanyak membantu untuk aku bersedia dari segi mental dan juga fizikal. Salah sorang adalah guru ngaji yg juga baru diagnose leukimia, aku menyatakan hasrat nanti nk belajar lah, dia kata tunggu makcik sihat, aku pun kata OK set. Rupanya dia dan kawan kawan nya suka dtg ke tempat keje aku di Impiana Hotel Ipoh utk berkumpul makan Makan. 

Aku pun bertukar tukar no telefon dengan beberapa patients kat sini. Boleh lah kami keep update ilmu, tips dan sebagainya. Ada yg dh check out. Tapi aku sangat kagum dengan semangat mereka. 

Okay lah, nak stop dulu for now. Nanti bila dah buat chemo, InshaAllah akan aku kongsi kan penjagaan, pengalaman, pemakan semasa program chemo berlansung. 

Last skali nk jugak share my good friend yg berulang alik apabila aku memerlukan bantuan. Ni foto dia.. I love her so much beside my other friends yang mendoakan dari jauh yg tak henti bertanya khabar dan perkembanganku. Nikmat apakah lagi yg hendak engkau Dustakan. 
Yang baik datang ya dari Allah yg buruk adalah dari diri aku sendiri.


ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุชَูˆَูƒَّู„ْุชُ ุนَู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ، ู„َุง ุญَูˆْู„َ ูˆَู„َุง ู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„َّุง ุจِุงู„ู„َّู‡ِ

BISMILLAHI, TAWAKKALTU ’ALA ALLAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH

“Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah. 

Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir.
"Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung"

Allah humma ya baarik,
"Allah yg Maha merancang" 

Aamin..... 

Saturday, February 13, 2021

Resepi Lala Masak Lemak Simple dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam PKP gais...

Musim-musim PKP ni memang tiber jadi Chef segera. Aku ni bukan lah pandai sangat pun nak masak-masak macam arwah Mak aku dulu. Tapi bila dapat cuti panjang, aku ambik peluang utk try masak. Kata orang kadang kalau mak ayah terer masak, anak pun boleh lah dapat skil tu kan. Maybe sebab jarang ke dapur so resepi memang ke laut. 

Tapi benda ni ta jadi hal lah sebab apa, sebab zaman sekarang kan semua boleh di Google ja.. Pakcik Google sentiasa dapat memberi bantuan di kala kecemasan.. Gituuuu ๐Ÿ˜

Okaylah, merepek apa pun tak tau. Jom kita tengok bahan bahan nak buat buat Lala Masak Lemak cili api yang super sedap dan senang ja. 

Bahan bahan
Lala
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Cili padi (yang ni terpulang kat hampa, kalau mau pedas boh la lebih sikit. 
Semua ni blend ja.. Tapi aku ni gigih sikit so aku tumbuk ja guna lesung batu arwah Mak yon dulu. 

2 batang serai di titik. 
1 peket Santan serbuk (lagi best kalau santan ori la kan..)
2 helai daun kari - optional. 
Garam secukup rasa
2 keping Asam keping

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi. Setelah hampir garing, masukkan serai, daun kari dan asam keping. 

Lepas tu dah boleh la masukkan Lala tadi, hampa basuh lel Lok dulu OK. Gaul Gaul jap, air Lala akan keluar sikit. Lepas tu masukkan santan pekat. Air ikut la nk kuah banyak ke sikit ye. Perasakan garam secukup nya.

Tadaaaa... Dah siap. Boleh dihidangkan dan di makan dgn nasi panas-panas.

Resepi asal, aku ambik dari azie kitchen. https://www.aziekitchen.com/2012/05/lala-masak-lemak.html?m=1

Aku ni kira peminat azie kitchen la. Menu menu yg dia share best best.

Okay lah.. Tu je resepi sempoi ni gais.. Confirm tak menyesai kalau hampa try menu ni. 

Apapun stay safe ye. Jaga diri baik baik. 

Selamat ber PKP 2.0.

Bye

Monday, June 29, 2020

Belting Skuter (Sym) Putus

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Segala puji bagi Allah yg Maha Kuasa.


Camana nak mula pun tak tau.. Hahaha.. Ish gelak pulak dia. Okay camni lah. Aku ada sebuah skuter Sym, GTS 200 lebih kurang dah 7 tahun pakai. Beli dulu pun 2nd hand ja.

Skuter ni dulu dok jadi transport ulang alik aku dari Bertam masuk Penang Island. Selang seli dengan keta. Maklum lah, jem kat seberang perai ke Penang tiap hari isnin dengan hari Jumaat tu memang lain macam sikit. Sepanjang aku berpindah randah tempat kerja, encik suami lah yg jaga moto ni. Bila last year en suami kerja di KL, skuter ni tauke workshop moto tolong jagakan kebetulan ada kena repair sikit. So, biarlah dia pakai sebab moto ni kalau tak guna pun boleh rosak kan?.

Bila dah balik cuti PKP ni, aku pun ambik balik. Cadang mula macam nk juai ja, tapi sure harga rendah. Bila pikiaq balik, cam sayang pulak. Baik pakai ja lah. 

So, decided nak bawak balik skuter ni ke Ipoh. Tarikh 26 Jun 2020, Jumaat, Aku bertolak dari bertam jam lebih kurang 6.30ptg. Suami dan anak naik kereta. Mula memang nk gerak awal sebab fikirkan lebih baik sampai sebelum waktu gelap. Maklum lah, yg pertama moto dah lama tak jalan jauh, solo rider pulak tu, pompuan lagi dan aku pun first time nak bawak ride keluar dari negeri. Skuter ni pun tak sure betul betul dah OK ke keadaan dia.

Aku bawak dalam speed between 90 - 110 km/h. So nk try la bagi reach 120km/h. Lepas R&R semanggoi, Bukit merah aku speed sikit elok ngam 120, minyak drop. Dalam hati, Ya Allah apa dah jadi ni. Masa tu memang kat lane emergency. Mujoq moto pun tak panik, aku pun tak panik, So aku pun slowly berhenti kat tepi highway. Enjin masih hidup, masa nak berhenti pun jenuh pikiaq selamat ka dak tak tau nak stop bukan tempat stop. But other choice kan, tawakkal ja lah. Bila dah stop, teruih capai phone call husband bagi tau dia dan minta no phone tauke  workshop tu. Masa ni, husband baru masuk tol juru. Dah bila nak call, line phone pulak tak dak coverage.. Subhanallah, dugaan sungguh. Dok sat baru OK. Tapi tak dapat juga call. Sempat la text seorang sahabat yg memang kaki motor, nk tanya kot dia tau punca. Katanya, "belting putuih tu" aku mmg blur katak la.. Tau bawak ja.. Haih.. Tak sampai 10 minit ada seorang Hamba Allah dtg tanya, "Motor rosak ka? "  aku pun dgn konfiden nya jawab.. " tak tau lah tapi rasanya belting putuih kot" walhal haram tak tau apa. Kebetulan dia pun pakai SYM and ada group wassap, pastu dia dok call and tanya kat SYM group wasap. Boleh nampak kesungguhan dia nak bantu aku yg memang mati akai sat. Masa ni dah 7.34pm. Aku dalam dok panik, sempat lagi selfie ๐Ÿ˜…. Nama brother ni pun tak tanya lagi.. Teruk betoi lah aku ni.. Haihhh

Last skali, dia offer tolak dengan kaki, aku yg memang tak pernah ada pengalaman ni, OK kan ja. Subhanallah, betul lah duit x boleh beli pengalaman, kena lalui sendiri, baru tau. Ngeri sebenaqnya, nak balance moto dan nak balance Laluan tepi or tengah. Dup dap dup dap jugak. Brother ni towing kaki sampai tol kamunting. Kebetulan dia pun nak balik ipoh. Sampai sana baru fikiaq balik solution, nak tow balik Ipoh atau camana. Hari memang dah gelap. Kedai moto time ni memang dh tutup. Budak-budak plus pun bagitau kedai dah tutup. 

Pilihan yg ada masa ni:

1. Towing charge RM250 boleh nego
2. Ada satu brother dari group sym yg boleh tukar kan belting, masa call ni, dia masih di Ipoh. Kalau sanggup tunggu, dia akan balik taiping sebab rumah kat taiping. Caj RM180. Actually my fren kata buat belting kos dalam RM70 - 80 ja. 

Lepas call suami, we agreed untuk tukaq  ja. So aku pun lepak lah kat tol kamunting dengan brother yg tolong aku tu. Rasa serba salah sangat sebab dia tolong teman kan lagi. Ya la, aku ni pompuan kot, sorang sorang. Hanya Allah sahaja yg mampu membalas kebaikan nya. Time ni baru boleh berkenalan dan bersembang, tadi tepi highway, memang ngeri sup sap sup sap keta, lori lalu, bergegaq rasa jantung dok tepi highway tu... ๐Ÿ˜…

Bila suami dah sampai, kami p kedai nak minum dulu sementara menunggu Abang Din tu sampai, brother ni (Yusnan), nama panggilan Nan ja. Ni baru tau nama dan dia pun pun tak pernah jumpa abg din lagi. Lebih kurang  hampir kol 10 mlm Abd Din sampai. Nan pun gerak dulu, nak p ambik durian kat Bukit gantang katanya.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 1130mlm baru siap. Abg Din bukan mekanik tapi minat dia agaknya, lagi pun dia pun pakai SYM so good utk ambik tau. 

Lepas dia test ride sikit, dia advise la beberapa benda nak kena buat lagi lepas ni. For now tak boleh bawak lebih dari 100km/h. Kami pun sambung perjalanan, perut pun lapaq, so singgah makan kat area Simpang, Taiping. Dalam masa yg sama suami dok communicate dgn kawan dia (Dino) yang duduk kat Ipoh. Tak sangka pulak dia mai sampai Changkat Jering. Lepas Makan, aku pun swap dengan husband, lagipun malam aku phobia sikit tambah-tambah aku pun dah rasa mengantuk ni. 

So, aku continue driving, en suami ride konvoi dgn kawan dia sampai Ipoh. Lebih kurang kol 1 lebih sampai rumah ke-2.

Alhamdulillah, aku bersyukur dgn dugaan ni. Allah masih bagi aku kesempatan untuk menikmati dunia ini. Antara hikmah yg aku dapat:

1. Kenal seorang kawan baru yg baik dan sangat humble
2. Dapat join SYM wassap group utk rescue team. Ahli satu Malaysia in case emergency utk Dapatkan reference. 
3. Ramai rupanya kawan-kawan yang peduli dan mendoakan keselamatan aku. 
4. Kenal lagi satu sahabat yg sanggup datang untuk pasti kan semua OK. Harini, dia bawak motor aku ke workshop kat Ipoh ni, berdekatan dengan Kilang Carsem. 
5. Pengalaman yg tidak dpt di beli dengan duit dan tak mampu nak ceritakan dengan kata kata. 

Antara punca belting putus :
1. Moto lama tak jalan
2. Ride Laju sangat
3. Jangka hayat dah tamat tempoh. Yg ni tak dapat nak jawab, berapa lama 
4. Kadang belt elok tapi piring kat dalam tu dah tak okay, so dia boleh jadi punca geseran 

Moral of the story dan pesanan sahabat aku, Kalau nk ride, not after 7pm especially bila sorang atau less than 3 Orang.

Tips dari Abang Din untuk penjagaan motor

Notes:

1. Guna minyak hitam brand Motul hijau 3100 - boleh guna smp 5000km - nak tau original ke tak, belakang botoi ada 3 Bhs, English, jepun, satu lagi aku x ingat. 

2. Tukaq minyak gear skali Guna yg SAE 85

3. Minyak enjin guna yang  10w 40

4. Setiap kali tukaq minyak enjin, tolong Servis CVT juga. 

Last sekali, kata dia beli je simpan belting dalam moto incase terjadi macam ni, kadang ada ja rider yang boleh tukar kan. 

Ni no telefon dia, kot ada penunggang Sym yang nak join group Abg Din Zainal 0125374419

Okay lah.. Setakat ni ja pengalaman sendiri.. 

Jaga diri ya.. #kitajagakita 

Assalamualaikum... Yang baik itu dari Allah yang kurang tu atas kelemahan diri sendiri. 


Saturday, June 27, 2020

Sayang atau Melayang

Assalamualaikum dan Salam Duduk Rumah

Hari ni adalah Hari ke-6 dalam Fasa ke-2 PKP. (Day20) 

Sat, camana nak start tak tau. Tajuk pun tak tau nak letak apa yang sesuai. OK camni, memandangkan bosan gila sebab tak jumpa manusia kita jumpa kat alam maya je lah sepanjang tempoh PKP ni. Rajin pulak aku dok tengok status kawan² kat WhatsApp dan selalu juga nampak isu-isu hati, perasaan, rindu. Ni salah satu status yang sempat aku screenshot.


So meh aku nak kongsi pendapat peribadi aku ye. Pada aku benda-benda camni tak yah ada ijazah bagai dan bukan rocket science pun nak kena kira teruk-teruk. Kita ni semua Allah jadikan mahkluk yang unik. Deria ke-6 selalunya hampir tepat. ๐Ÿค”

Kehidupan kita ni sebenaqnya simple ja pun macam tu lah jugak dengan 'relationship'. Kalau hampa tak setuju dengan pendapat aku, hampa boleh komen ja kat bawah nanti. 

Tak kira lelaki ka pompuan ka, keinginan kita sama, sebagai manusia pemikiran kita juga hampir sama. Hampa habaq mai kat aku, ada ka orang tak suka kalau dpt text or call dari orang yang dia kata dia sayang? Hampa jangan nak bohong buleh dak? Tak kira la sibuk mana sekalipun. Mungkin dalam kesibukan tu, hampa masih mehgharap si dia text cukup takat tanya habaq pun jadilah, paling tidak, 'dah makan ka' atau 'bizi ka ni?'. Takkan setakat nak balas, saya sibuk sekarang, 'nanti kita borak' pun tak sempat. Takkan nak kena tunggu sampai lepas 24 jam. Kalau kawan-kawan biasa text pun hampa sempat balas kan?? ada dak hampa tak balas? mungkin dalam 20, kot ada 1 terlepaih, tapi kalau cam ni aku rasa dia ni memang whatsapp champion ni. ๐Ÿ˜‚



Kalau alasan sibuk, tak suka di kacau ni semua memang 'bullshit' (maaf bahasa aku). Kita memang tak kan layan kalau notification text tu bukan dari orang kita tunggu, betoi? ๐Ÿ˜
Macam ni lah, kalau kalau masa awai awai nak kenai sanggup text tak kira masa, bila dh kenai layanan jadi suam² kuku, mau paham sendiri la naa... ๐Ÿ™„ Aku paham, RINDU, tapi kalau hampa sorang ja dok rindu sampai teruk-teruk tapi dia cam x dak apa pun, relax ja, macam syok sendiri lah kan? tak mau camtu. Kesian kat diri sendiri ok. Kalau hampa tak kesian kat diri hampa, hampa rasa ada orang lain nak kesian ka? kecuali mak ayah kita ja kot. Adik beradik pun belum tentu.๐Ÿ˜ฌ

Kalau dia betoi betoi sayang kat hampa, dia mesti akan tanya dan ambik tau bila dia boleh kacau hampa kalau sungguh lah hampa ni memang org yang busy mengalahkan PM ๐Ÿค”.

Kalau hampa couple dengan orang single lagi lah, aku tak percaya alasan ni semua. Kot yg couple dengan kekasih gelap aka skandal pun buleh cari time nak contact apa lagi yang single. Hampa pikiaq sendiri lah. Benda ni bukan nak kena ada degree pun untuk nak faham. Kecuali lah hampa masih lagi dalam zon penafian (in denial) tak sanggup nak terima kenyataan yang orang tu dah suam² kuku sebab hampa sayang terlebih sangat. ๐Ÿคฆ‍♀️

Please lah move on atau sila lah lupakan si dia, kot dia jenis yang tak sampai hati nak habaq direct  sebab takut hangpa frust menonggeng. Frust tu biasalah. Tapi kena yakin lah itu semua dengan izin yang Maha Kuasa.

Firman Allah SWT: 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 

(Al Baqarah : 216)

Relationship ni bukan setakat ucapan "I Love You" or "I Miss You" hat ni semua orang buleh kata. anytime kot. It is more than just the words. Kalau sayang, kalau suka, kena tunjuk la. Kalau nak text pun tak dak masa, sayang mai kot mana. Nak balas mesej pun susah, suka mai kot mana. Setakat nak call 2 minit pun x dak masa, rindu mai kot mana. Betoi ka betoi??  Ni tanda samaada dia memang dah ada orang lain, atau dia rasa hampa tak sesuai dengan dia.
Jgn habaq kat aku, bila hampa tengah meeting atau ada keja, dia dok tak paham bahasa dok kacau hampa tak brenti? Hat ni memang patut kena tinggai pun. Apa sekali pun biarlah ikhlas dalam persahabatan dan perhubungan.



Apapun, kena percaya satu perkara, cinta tak semestinya memiliki tapi jangan menyakiti perasaan orang yang kita pernah suka walau hanya sedetik waktu. Kita semua tau, jodoh, pertemuan, ajal, maut semua nya ketentuan Allah. Tapi jangan main kan perasaan orang. Kalau tak suka, habaq ja teruih terang agar si dia boleh gerak dulu. 
Wei aku paham, sakit kalau jadi 'bagai kan pungguk rindu kan bulan' kalau tak paham, p gugle. Jangan satu hari, hampa dapat karma, 'what goes around comes around'. Masa tu baru hampa ingat balik, oohh lagu ni lah yang aku buat kat orang dulu, lagu ni rupanya rasa sakit dia... 

So, kepada yang masih lagi was-was samada buah hati hampa sayang ka dak, hampa sendiri buleh tau. Tak yah dok perah otak pikiaq teruk-teruk. Overthinking is not good. Terima dengan hati terbuka, paling tidak tanya ja buah hati hampa. Mungkin dia benar-benar sibuk dan tugas dia yang memang x da masa (tapi masa tu kita kena cari)  atau kalau dia masih dok dolak dalik juga. Hampa buatla keputusan yang terbaik. Bumi Allah ini luas okay, ramai lagi manusia lain. Carilah yang betul sayangkan hampa, yang boleh bagi sedikit masa untuk hampa, yang boleh sediakan telinga dia bila hampa memerlukan. InshaAllah akan ada orang yang macam tu. Tapi bila dah dapat, jaga lah hubungan tu sebaik mungkin. Selebihnya berserah lah pada Allah kerana Dia yang lebih mengetahui.

Ok lah, ni sekadar pendapat 2 kupang aku ja, kalau hampa ada pendapat yang hampa nak kongsi, silalah tinggalkan komen kat bawah, Maybe pendapat hampa akan memberi manfaat kepada orang lain. We never know.

Salam duduk rumah, stay safe. Semoga Allah permudahkan ujian kita memerangi Covid19. Semoga kita dapat kembali menjalankan tugas-tugas lain seperti biasa secepat mungkin.

From kak norm with Love.


Pengalaman explorasi Gua Tempurung & Water Tubing @ Gopeng, Perak

Assalamualaikum kawan-kawan,

Baru-baru ni kami p Gua Tempurung dengan member-member satu ofis. Ni kira macam recce trip + nak merasa sendiri. Perancangan yang berlangsung lebih kurang sebulan sebelum hari kejadian, dari lebih kurang 15 orang yang bagi nama, last-last sekali tinggai 8 orang ja. 

Berkumpul di Impiana Hotel Ipoh seawal jam 7.45am, lebih kurang jam 8.15pg kami bertolak ke sana. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sempat lagi singgah pekena roti canai dekat gerai tepi jalan sebelum simpang masuk ke Gua Tempurung. So, kalau hampa nak mai sini, boleh lah stay kat Impiana je boleh lah discover area lain sekali.


Perasaan?? memang la excited. Ni la kali pertama kami (saya) nak merasa masuk gua sampai laluan basah dan gelap. Ni nak habaq, sebelum nak p tu kena lah buat persediaan apa yang patut dulu. Contohnya seperti lampu suloh (headlamp) lebih baik sebab mudah dan tak menganggu pergerakan tangan, kasut getah ye, jangan dok p pakai sport shoes adidas, nike atau apa saja lah ๐Ÿ˜† kang jenuh stress kasut rosak lagipun memang tak sesuai lah no, tuala, baju persalinan, beg kalis air (jika perlu) tak pun boleh je minta tolong tour guide tolong simpankan kunci kereta.

Okaylah, selepas dah berkumpul, kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh tour guide kami, nama dia Naim. 


Bermulalah ekplorasi kami, di dalam gua ni terdapat beberapa check point lebih kurang tempat untuk berehat dan menikmati keunikan kejadian alam semula jadi ciptaan Tuhan yang tak terungkap oleh kata-kata (fuh, tetiba ayat... ) tapi memang cantik sungguh. 






Lebih kurang ada 1000 lebih anak tangga jugak la nak kena menapak ni. Bila time nak turun ke bawah keadaan gua lebih gelap, ni la masa nak pakai lampu tadi tu. Mak oiii... gelap sungguh. Part yang aku paling tak leh nak cerita betapa takut dan ngeri masa nak kena turun slide atas tanah dalam gua ni, memang x leh nak step by step na.. aduh menjerit satu gua rasanya. (buat malu kat member lain ja) depa yang lain relaks ja, aku yang teruk kecut perut. Rupa bukan satu, ada 2 cek oiii.... nak patah balik memang dah boleh dah. Redha dan tawakkal je lah. Nak cerita lebih-lebih memang x tercerita. Perasaan, pengalaman semua Orang x sama sebab masing-masing ada tahap kekuatan tersendiri dari segi fizikal dan mental. Kat sini memang kita yang x brapa kuat sangat mental tu, mengharapkan semangat kawan-kawan dan juga untuk membantu selain panduan yang tour guide bagi. Alhamdulillah geng kami ni sangat penyabar dan prihatin, rasa beranilah sikit. 

Masa yang paling syok, bila kena merentas ayaq sungai dalam gua ni, sejukkk pastu teringat zaman dok main ayag parit ๐Ÿ˜‚. Ada laluan sempit pun ada gak siap kena buat commando crawl la u ols. Ada member siap bergolek-golek. Tapi memang sempoi abih lah. Bila dah lepas semua halangan tu, Ya Allah puas sangat. 

Sebelum sambung baca, boleh layan video ni dulu ye....


Bila sampai tempat best ja, tour guide bagi kami relaks dulu ambik nafas. Lebih kurang utk complete untuk stage 3 ni dalam 2 jam lebih lah. Bergantung kepada kelajuan. Kalau banyak selfie confirm lama lagi la. Kata Naim, kalau stage 4 boleh mengambil masa sampai 3-4 jam ๐Ÿ˜. 

Pakej yang kami ambik, siap ada makan tengahari. Sempoi pulak tu, macam masakan mak kat rumah. Ada sambal Belacan, tempoyak, ikan masin, sayoq lemak dan ayam goreng. (rindu arwah mak ๐Ÿ˜ข). 

Selepas perut dah kenyang, kami pakat naik lori pulak. Oh ya, lupa nak habaq, kat sini ada disediakan tandas, bilik mandi dan Surau. Naik Lori ni pun satu pengalaman jugak u ols. Lebih kurang dalam 15 - 20 min jugak rasanya. Kami nak p tempat aktiviti water tubing.

Okay, bermula lah lagi satu pengalaman yang tak akan dilupakan. Takut memang lah takut, dah la x pandai berenang walaupun pakai jaket keselamatan, perasaan takut tu tetap ada cek oii..

Mula-mula seperti biasa, taklimat keselamatan (dos and don'ts). Kali ni ada 2 guide yang akan memantau aktiviti kami. Sangat menarik aktiviti ni. Rasanya semua beginner elok buat yang ni dulu sebelum yang lebih ekstrem.

Ya Allah, boleh pulak aku terbalik, apa lagi minum ayaq sungai la jawabnya. Kali ke dua, entah macam mana buleh pulak terlepas pelampung kat tempat ayaq deras pulak tu.. Panik masa tu, Allah saja yang tahu. Dalam hati memang dok pikiaq apa patut aku buat. Mujoq ada salah sorang geng kami patah balik & tolong aku. Tapi dalam hati tetap 50 : 50. Syukur nothing happen.


Overall memang best sangat. Yang penting kena kuat semangat, yakin diri, yakin dengan kawan-kawan dan percaya pada guide. 

Sempat lah berkubang dalam sungai yang sejuk gila... Ramai juga Orang datang berkelah, berkhemah kat sini. Dah puas berkubang, kami naik Lori balik ke gua tempurung untuk balik ke Hotel semua. 

Tak habis kat situ, sempat lagi singgah tepi jalan makan durian. ๐Ÿ˜

InshaAllah, ada rezeki dan peluang di masa akan datang, nak buat water akitiviti lain pulak.

Terima kasih di atas pengalaman yang cukup menarik ni.

Sekian buat kali ini.



Wednesday, April 1, 2020

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 2020 (part 1)

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Hari ini, 31 Mac 2020, Selasa bersamaan dengan 6 Syaaban 1441, genaplah 14 hari aku melalui tempoh PKP. Sebagai seorang yg mmg gila keja yg suka habiskan masa di ofis keadaan menjadi agak sukar untuk aku. Tapi aku anggap keadaan ini lebih kurang sama seperti masa aku cuti sakit selepas terlibat dalam accident motor pd tahun 2015 selama 3 bulan (kisah-aku-kemalangan). In a way, aku anggap ni adalah anugerah Allah kepada kita semua utk berehat dari kesibukan dunia dan kembali kepada yang Maha Pencipta. Beza dia, kali ni tak boleh keluar lepak dan kena praktis social distancing. 

Harini juga aku mendapat 2 panggilan telepon dari orang-orang yg aku kasih menyatakan dorang nak kena menhadirkan diri untuk ujian saringan Covid.. YA Allah, macam nk luluh jantung tapi aku kena mantain positif, tak boleh lah aku tunjuk aku pulak yang hampir koyak. Aku doakan biarlah keputusan ujian mereka nanti negatif. 

Pada aku, orang yg bahagia adalah mereka yg mampu memberi maaf dan boleh membahagiakan orang lain. Aku gembira bila orang² yg aku kenal gembira. Aku pun turut bahagia dan berbesar hati setiap kali aku di beri peluang menjadi pendengar setia atau berkongsi pendapat dan pengalaman  dengan orang lain kerana setiap kali itulah juga ia menjadi peringatan utk diri aku sendiri. 

Baru² ni, ada salah seorang daripada one of my ex staff yg after sekian lama tak berhubung, text untuk nak berbual melalui telefon, rupanya dia di dalam dilema hidup. Aku bersyukur, kerana dia memilih aku untuk berkongsi kisah dukanya dan aku bahagia dpt menjadi tempat mengadu, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit bebanan yg ditanggung olehnya. Aku x dak lah buat apa pun, sekadar mendengar dan cuba memahami keadaannya. Aku doakan dia mampu mengharungi ujian yg Allah berikan padaNya. 

Ingat lah, ujian Allah itu mengikut kemampuan hambaNya. Lagi satu, sekiranya mereka memilih kita untuk berkongsi, bukanlah mereka ingin merungut tapi kerana mereka percaya pada kita.

17 Mac 2020
Aku dan family balik Penang pada malam PKP itu sendiri. At least x de lah boring teruk berbanding berkurung kat bilik hotel selama 2 minggu kan?? Tu perintah awal, lepas tu kan tambah lagi 2 minggu. Lebuh raya Utara-Selatan agak sibuk malam tu. Mungkin ramai juga yang kelam kabut balik sebelum tengah malam. If not, perlu isi borang kat balai segala kalau nak travel selepas tu. 

Aku ni Manusia yg suka habiskan masa kat opis, kalau satu hari aku balik on time (5.30-6pm) memang akan jadi satu benda yg pelik kat budak-budak kat ofis tu. Memang no life balance at all aku ni. Hidup aku; bilik, opis, gym. Sekali sekala p brisk walk kat Ipoh padang atau Padang Polo, itupun kalau rajin. Bila weekend, family ada baru la keluar makan kat kedai, window shopping or tengok wayang. This is my life.. Bunyik cam boring je kan??  Anyway, aku OK je. No complaining malah syukur. 

18 Mac 2020 - 31 Mac 2020
First thing in my mind, apa la aku nk buat kat rumah ni.. Well, Tuhan itu adil, dia tarik satu benda, dia ganti kan dengan benda lain. Yg penting kita kena positif dan latih diri utk melihat sesuatu dari sudut yg positif (Fikir yang baik-baik). Ni nak habaq, aku ni bukan pandai masak pun. Kalau ikut keturunan arwah Mak Abah mmg terer masak. Mungkin DNA tu ada dalam badan kot cuma x di asah je tak pun sebab malas, ni yang sebetoinya. I really take this opportunity utk masak. Kalau dulu x de masa, sekarang x de alasan lah kan? Hahahaha.. Laki pun mmg ambik kesempatan biaq aku tungging tebalik kat dapoq tu. Masak simple-simple sudah. Zaman sekarang dah mudah, tak tahu?? google je tak pun bukak You Tube, selesai masalah. Yang penting anak kata sedap (Kembang sat), orang lain mungkin biasa tapi utk aku yg jarang jarang ke dapoq ni kira satu achievement la jugak.. ๐Ÿ™„ 

Rutin?? Cam biasa IG, FB, Twitter, Tik Tok, WhatsApp, Skype, Smule.. Mak aiii... Apa akaun aku x dak ni???  Cuma this time aku lebih fokus kan pada WhatsApp sebab kat situ lebih ramai contacts dan lebih cepat dapat reply.  

Dok berangan lah setiap hari ini, nk fokus ulangkaji la kan (angan-angan je lah). Tapi tiap kali buka buku, tiap kali tu lah jugak x boleh masuk otak.. Stress nya.... Last last buka smule, last last buka tik tok. WhatsApp.. Malam tengok movie.. One after another.. haihhh.... Tau kenapa? Semak perut (bahasa utaqa) maksudnya, pikiran berserabut, gundah gulana, tak tau punca dan yang seangkatan dengan nya. 

Perasan tak? kita ni semua ada social media tapi kita jarang betul-betul berkomunikasi kan. Abis sangat kita like je posting dorang. Aku ambik peluang ni, komen on friends status, call, video call to as many contacts as possible. Kalau dulu to maybe only few ja yg kita kerap kacau kan. Aku rasa korang pun sama kan?

Aku happy sangat, this time bila i really got the opportunity. One time tu, I am on Skype wt my ex secretary, kami keja skali tahun 2013-2014 camtu for like almost setengah jam, sharing some info pasai benda² related to E-commerce & Revenue (hotelier). Can u imagine dah brapa lama kami tak betoi2 borak, only commenting kat wasap or FB ja. Dia jugak nasihat kan aku utk ambik peluang ni mendalami atau belajar sesuatu and provide me with the link. Thanks dear. Ada juga yang share resepi, share tajuk movie yg sempoi-sempoi.

Tahu tak apa lagi blessing in disguise masa ni? 

Selain mendapat update dari kawan-kawan tentang Covid19 . Aku turut menerima panggilan telefon dari mereka termasuklah, ex-bosses. Apa perasaan korang kalau bekas bos korang call?? Terasa diri ku disayangi..  Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah. Ada masa VC dgn member hotelier lain. Mula aktif balik kat what'sapp group yg ada lebih 10.group kot... Kalau dulu, cuma make it read je.. Opsss.. Bukan apa sebab sibuk dgn keja kan. WhatsApp ofis ja tak leh nk ignore.. ๐Ÿ˜‚. 

Bos aku?? Setiap hari text, kadang suruh buat something kadang just to say hi dengan kata² motivasi dia lah.. Such a wonderful bos. I am blessed. Ada sekali tu aku gtau dia aku ada long list yang aku nak buat, kalau aku survive dari Covid19 ni and how bout him? tau apa dia jawab? Dia jawab, first thing nak gi karaoke.. ๐ŸŽค Hat ni mmg aku pecah perut gelak. Nampak tak tension dia kat situ? 

Semua ni adalah nikmat yang Allah bagi kan. Macam aku cakap tadi, dia tarik sesuatu, tapi dia masih gantikan dengan sesuatu yang lain.

Didalam Surat Ar-Rahman ada pengulangan satu ayat yang berbunyi :

ูَุจِุฃَูŠِّ ุขู„ุงุกِ ุฑَุจِّูƒُู…َุง ุชُูƒَุฐِّุจَุงู†ِ

ِ”Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan” Artinya “Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang ”Kamu Dustakan’?”

Walau pun aku ni cuti, tapi ada je dari masa ke semasa bos bagi task. Kata dia, at least x dak lah aku bosan.. 

Video ni salah satu yg dia nak aku buat untuk staff Impiana Hotel Ipoh. Lebih kurang macam moment-moment happening la. Kan sekarang ni semua dah tak boleh berjumpa. At least good memories kat sana. End up jadi from me to everyone. Mau tak, camera aku paling banyak. Aku ni kaki selfie/ wefie, laki memang bising la, tapi bila video ni terhasil, baru aku nampak kelebihan wefie ni. Betul-betul from your heart tau..



Apa yg aku belajar sepanjang tempah 14 hari ni?? 


Banyak sebenarnya... Selain cuba resepi main masak ², Buat video utk tiktok, yang latest which aku try, main keyboard. Belajar kat YouTube je. It's fun. Belajar takkan pernah habis. Jangan lah pernah merasa diri kita hebat sekiranya kita bepangkat besar, kaya, berharta, bijak sebab kejadian ini mengajar kita untuk kembali kepada fitrah. Kena belajar bersyukur, bersederhana, bersendirian paling tidak pun dengan kelurga. Ada juga kawan yang betul-betul tinggal bersendirian kerana kerja outstation. 

Paling penting aku belajar menghargai masa, kesempatan, ruang, peluang, orang disekeliling. Berbuat baiklah kepada setiap orang tanpa mengira pangkat dan darjat, tanpa memilih, tanpa double standard. Walau kadang-kadang orang tidak memperlakukan kita seperti mana yang kita buat kat dorang. Yg penting biarlah kita ikhlas bukannya untuk dibalas. 

Aku ni pun bukanlah seorang yang sempurna, terlalu banyak khilafku. Ada satu benda yg sampai sekarang aku masih ingat one of my friend use to say, kita kalau x buat semua pun jangan tinggal semua. Ni merujuk kepada amalan atau tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Ya Allah, dah lama rupanya aku x baca surah Yaseen. Ni yang aku buat dulu. Ambik kesempatan ni berpuasa sunat bulan Syaaban. I feel at peace. Seruis sangat. Solat kalau dulu memang zohor dekat² nak masuk asar, sekarang awai la sikit. Tapi stil belum betul-betul di awal waktu. Apapun kita pelan², biar istiqamah. 

Aku ni memang suka nyanyi, bila bosan ja, memang ni lah keja aku, tak daklah proper equipment pun. Laptop ngan headphone ja, boleh lah kan.. abih sangat nyanyi kat dapoq sambil masak pun jadi (tu nama dia masak dengan penuh kasih sayang). Do what you love, and love what you do. Aku bukan Manusia sempurna. Aku tetap ada keinginan utk enjoy. So this is me... music adalah salah satu terapi aku tak kira masa suka atau duka.  


Sebelum PKP ni, aku mmg try my best to practice healthy lifestyle (exercise at least 3 x seminggu)  azam tahun 2020 lah katakan. Bila balik berkurung jadi jem gak lah. Adoii malasnya, Tuhan ja yang tau, biasalah dlm rumah kan, tapi gagahkan juga la buka you tube and do some workout. Dah biasa berpeluh, badan akan jadi lemau bila x de exercise. Not bad tau. Korang pun boleh je try. Google je jenis senaman camana yg korang mau. Semua ada. Mak Ayah ja tak dak dalam tu. 

Now kerajaan dah tambah lagi 14 hari tempoh PKP.. Make use of the time wisely. Masa takkan boleh diputar kembali...

Lastly, aku harapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat kita semua...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca sampai habis

Sharing benda-benda yg terhasil dalam tempoh 14 hari.

3 Hal Yang Perlu Kita Ketahui

Belajar Main Keyboard kat You Tube
Di Lembah Kesepian


Movie yang aku dah tengok sepanjang 14 hari ni yang pada aku memang boleh layan...

1. Just-mercy-2019/  (Drama
2. Bad-boys-for-life-2020 (Action / Crime)
3. sonic-the-hedgehog-2020/ (Action / Comedy)
4. green-book-2018/ (Comedy / Drama)
5. the-spy-who-dumped-me-2018/ (Comedy / Action) - ada sikit tak sensored
6. death-wish-2018/ (Action / Crime)
7. the-great-wall-2016/  (Action / Adventure / Fantasy)
8. the-invisible-man-2020/ (Horor / Science Fiction)